Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
Lawatan Industri Maxis
12 Nov 2025 | Kuala Lumpur
Lawatan industri ke Maxis Berhad berjaya disertai oleh 40 orang pelajar daripada pelbagai program pengajian. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai operasi syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia serta perkembangan teknologi digital masa kini.
Sepanjang lawatan, pelajar mengikuti sesi perkongsian bersama alumni UKM, sesi interaktif bersama Hotlink Campus Ambassador, taklimat mengenai Career Pathways and Industry Expectation, serta tinjauan ke Maxis Business Centre Innovation. Melalui pengisian ini, pelajar memperoleh gambaran jelas tentang peluang kerjaya dalam industri, memahami keperluan kemahiran sebenar majikan, dan mempelajari inovasi yang digunakan dalam penyediaan perkhidmatan telekomunikasi.
Selain itu, pelajar turut berpeluang berinteraksi dengan tenaga profesional Maxis, bertanya soalan berkaitan kerjaya, dan melihat sendiri teknologi serta penyelesaian digital yang digunakan dalam operasi harian syarikat. Lawatan ini membantu meningkatkan pengetahuan industri, keyakinan diri, serta persediaan pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang teknologi dan telekomunikasi.