Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
Malaysia's 100 Leading Graduate Employers Awards 2025
12 November 2025 | Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima pengiktirafan sebagai Rakan Kolaborasi Terbaik oleh GTI Media (gradmalaysia) dalam majlis M100 Leading Graduate Employers Awards 2024 yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur. Pengiktirafan ini menandakan komitmen UKM dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama industri serta menyokong pembangunan kerjaya pelajar secara berterusan.
UKM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Zaleha Yazid, Timbalan Pengarah UKM-Karier, dan Dr. Daing Zairi Maarod, Timbalan Dekan HEJIM Pusat Pengajian Citra Universiti. Turut hadir memberikan sokongan ialah Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dekan Pusat Pengajian Citra Universiti.
M100 Leading Graduate Employers Awards merupakan acara tahunan berprestij yang mengiktiraf 100 majikan dan rakan kolaborasi terbaik negara berdasarkan undian pelajar serta graduan. Pengiktirafan ini turut mencerminkan usaha UKM dalam menyediakan ekosistem pembangunan kerjaya yang berkualiti serta memperluas peluang kerjasama industri bagi manfaat komuniti kampus.