PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Mini Karnival Aspirasi Kerjaya OKU

Sukacita dimaklumkan bahawa PERKESO dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (“PLPP”) Bangi akan menganjurkan Mini Karnival Aspirasi Kerjaya OKU sebagai salah satu inisiatif dalam membantu pencari kerja dari kalangan Orang Kurang Upaya (“OKU”) serta Peserta Program Return To Work PERKESO yang kini dalam status pencarian pekerjaan serta yang telah kehilangan pekerjaan bagi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan. 

Sebanyak 15 majikan dari pelbagai sektor industri  yang menawarkan lebih 500 kekosongan jawatan akan menyertai mini karnival ini dengan mengadakan sesi temu duga. Sehubungan itu, kami memohon jasa baik pihak Universiti membuat hebahan kepada pelajar. Pihak Universiti juga dijemput menghantar pelajar OKU untuk menghadiri Mini Karnival ini.

Maklumat lanjut berhubung mini karnival ini adalah seperti berikut:-      Tarikh             :         19 Oktober 2022 (Rabu)  

Masa              :         9.00 pagi hingga 4.00 petang  

Tempat            :         Dewan Perdana PLPP Bangi, Selangor