PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

MOSTI-MTDC Deeptech Talents Employability Programme 2022

MOSTI-MTDC Deeptech Talents Employability Programme 2022 merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Majlis Pekerjaan Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia pasca-pandemik COVID-19.

Kumpulan sasar bagi program ini adalah individu yang sedang mencari kerja dan graduan universiti/institusi pendidikan tinggi. Manfaat program kepada graduan:

i. Peningkatan kemahiran/ kompetensi Peserta akan diberikan latihan asas berkaitan industri 4.0 dan menjalani penempatan industri selama tiga (3) bulan.

ii. Pendedahan kepada industri 4.0 Peserta akan menimba pengalaman industri yang akan membantu mengembangkan kerjaya di syarikat berteknologi tinggi.

iii. Bengkel Pemantapan Kerjaya Bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran di industri berteknologi tinggi atau Deeptech.

Kami menjemput graduan untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan meneroka peluang kerjaya di dalam industri berteknologi melalui program ini. Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/reg-dtep; selewat-lewatnya pada 26 Mei 2022.