PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

PERBEZAAN ANTARA RESUME DAN CV

Apakah perbezaan antara resume dan curriculum vitae (CV)? Terdapat beberapa perbezaan utama, seperti jumlah muka surat, kandungan dan kegunaannya. Namun, kedua-duanya adalah bertujuan untuk memohon pekerjaan.

 

Apakah itu resume?

Resume bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu. Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. Kebiasaannya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja. Terdapat tiga jenis resume, iaitu chronological, functional, dan combination formats. Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon.

 

Apakah itu CV?

Curriculum vitae (CV) bertujuan untuk menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci. Kebiasaannya, CV merangkumi 2 atau 3 muka surat. Antara aspek yang perlu ditekankan dalam CV ialah nama, maklumat untuk dihubungi (contoh: emel, no. telefon), latar belakang pendidikan, kemahiran, dan pengalaman. Selain itu, CV perlu menyenaraikan pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan, dan pengajaran, kelayakan profesional dan anugerah serta maklumat yang berkaitan.

 

Tip Penulisan Resume dan CV

1. Padankan resume atau CV mengikut kesesuaian jawatan yang dimohon.

2. Gunakan reka bentuk yang sesuai.

3. Pastikan ayat yang digunakan bersesuai dan tiada kesilapan ejaan dalam penulisan.

4. Jujur dalam setiap informasi yang dikongsi.

5. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mengenai penulisan resume.

 

Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh teruskan pembacaan di pautan berikut:
https://www.thebalancecareers.com/cv-vs-resume-2058495