Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
Latar Belakang UKM-Karier
Pusat Pembangunan Karier UKM (UKM-Karier) telah ditubuhkan melalui Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.12/2014 pada 30 September 2014. Penubuhan UKM-Karier bertujuan untuk menyediakan sokongan pembangunan kerjaya holistik kepada pelajar dan graduan UKM agar mereka lebih bersedia memasuki pasaran kerja serta mampu bersaing di peringkat global.
Sejak penubuhan UKM-Karier, telah berlaku beberapa perubahan sturuktur dengan penambahan 2 portfolio Kebolehpasaran Graduan dan Jaringan; dan Pembangunan Kerjaya Pelajar yang masing-masing diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah. Penetapan portfolio ini seiring dengan pemetaan laluan kerjaya pelajar Portfolio Kebolehpasaran Graduan dan Jaringan memfokuskan kepada pelaksanaan Kajian Pengesanan Graduan, pengurusan data, program peningkatan kemahiran (hardskill) dan jaringan industri/majikan. Manakala portfolio Pembangunan Kerjaya Pelajar memfokuskan kepada persediaan pelajar ke alam pekerjaan.
Pada tahun 2023, UKM-Karier telah distrukturkan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang mana sebelum ini di selia oleh portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan dan Masyarakat). Perubahan ini telah membuka peluang lebih besar dalam mendekati pelajar dan fakulti di peringkat program pengajian.
Bagi merealisisikan hasrat kebolehpasaran graduan, UKM-Karier telah mewujudkan beberapa inisiatif seperti Profil dan Intervensi Kerjaya, Finishing School, Upskilling & Reskilling certification, Jawatankuasa Pemandu GE, MyKARIER Kit dan sebagainya.
VISI
Menjadi pusat yang berupaya memacu dan menyerlah kompetensi dan keterampilan graduan UKM di peringkat nasional dan di persada antarabangsa, sekali gus meningkatkan tahap kebolehkerjaan graduan UKM
MISI
Menjadi sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan dan program pembangunan kerjaya yang berkualiti dan mampu melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi.
FUNGSI
Mengkaji, menganalisis dan menyedia maklumat terkini mengenai status kebolehpasaran bakal graduan;
Mentadbir sistem maklumat kerjaya graduan secara atas talian dan bersifat interaktif.
Menyedia dan menyelaras program pembangunan kerjaya dan perkhidmatan kaunseling;
Mewujud dan memperkukuh jaringan dengan pihak fakulti, industri dan pihak berkepentingan;
Menawarkan dan menyelaras kursus CITRA yang berkaitan dengan pembangunan kerjaya.