TAHNIAH – Audit Pensijilan Semula SPK PPPS UKM MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2021 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd

Tahniah

Audit Pensijilan Semula SPK PPPS UKM MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2021 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd

Syukur Alhamdulillah, Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (SPK PPPS) UKM 2021 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atau UKM telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 hingga 25 Mac 2021.

Pasukan Audit SIRIM QAS International Sdn Bhd telah bersetuju untuk memperbaharui pensijilan SPK PPPS MS ISO 9001:2015 selama tempoh 3 tahun.

Terima kasih kepada Pengurusan UKM dan semua Warga UKM di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

Syabas dan Tahniah diucapkan.