SPKP UKM raih Pensjilian MS ISO 9001:2008

pic utk berita spkp

BANGI, 1 Mac 2013 – Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM (SPKP UKM) yang dibentuk pada Jun 2011 telah berjaya meraih Pensijilan MS ISO 9001:2008 untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa mulai 18 Januari 2013 – 17 Januari 2016 bagi 12 PTJ yang digabungkan di bawah satu pensijilan dengan skop yang berlainan.

skop

Penggabungan ini adalah sebagai satu langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh UKM di samping, menyahut seruan kerajaan untuk berbelanja secara berhemah.

Penyampaian Sijil MS ISO 9001:2008 SPKP UKM telah dilakukan oleh Presiden dan Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof yang diadakan pada 01 Mac 2013 yang lalu. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Bendahari UKM selaku Wakil Pengurusan SPKP, Tuan Hj. Mohd. Abd. Rashid Mohd. Fadzil, Pengarah PJK, Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah, Encik Abu Bakar Maidin, Ketua Pustakawan selaku Timbalan Wakil Pengurusan SPKP, Ketua PTJ SPKP, Ketua Jaminan Kualiti (KJK PTJ SPKP) dan kakitangan.

Kejayaan ini adalah salah satu pencapaian yang sangat membanggakan UKM dalam usaha meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan UKM kepada pelanggannya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pendaftar UKM, Encik Ab. Aziz Othman selaku Wakil Pengurusan yang pertama yang telah melakar landasan kukuh sehingga SPKP mencapai kejayaan ini.

Diharap pencapaian ini dijadikan platform dan inspirasi oleh semua PTJ di UKM supaya sentiasa mengamalkan budaya kualiti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Kejayaan ini bukanlah satu noktah, malah ia adalah titik permulaan untuk meneruskan langkah perjalanan yang semakin sukar dan mencabar, dalam usaha menjadikan UKM sebagai Universiti Terkehadapan Yang Mendahului Langkah Masyarakat Dan Zamannya Bagi Membentuk Masyarakat Dinamis, Berilmu Dan Berakhlak Mulia.