Pertambahan Skop Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM, Program Pensijilan MS ISO 9001:2008

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Universiti kepada pelanggan dan pihak berkepentingan, Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM telah menambah skop pensijilan daripada 12 PTJ kepada 17 PTJ.

Pertambahan Skop SPKP ini melibatkan lima (5) PTJĀ  Perkhidmatan dengan skop pensijilan seperti berikut :

  • Pengurusan Alumni (ALUMNI)
  • Pengurusan Penginapan Kolej Kediaman (KOLEJ)
  • Pengurusan Jaringan Industri Masyarakat (HEJIM)
  • Pengurusan Penyelarasan dan Pelaksanaan Hal Ehwal Antarabangsa (PHA)

Pelaksanaan Pertambahan Skop SPKP UKM ini akan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2014.