Audit Pemantauan Kedua Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM bagi Program Pensijilan MS ISO 9001:2008

UKM akan menjalani Audit Pemantauan Kedua Program Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) UKM pada 5-9 Januari 2015 oleh Pasukan Audit dari SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Audit Pemantauan ini adalah kitaran audit yang ditetapkan ke atas SPKP UKM yang telah memperoleh Pensijilan MS ISO 9001:2008 mulai 18 Januari 2013. Audit Pemantauan ini bertujuan:

  • Verifikasi pelaksanaan tindakan pembetulan terhadap laporan penemuan Audit Pemantauan 1 pada 2-6 Disember 2013
  • Melihat perubahan terhadap sistem pengurusan kualiti, pengurusan dan perlaksanaan proses kerja (sekiranya ada)
  • Mengaudit semula PTJ tertentu dan memeriksa rekod kualiti
  • Membuat pengesyoran berkaitan status pendaftaran organisasi

Kerjasama semua Warga UKM amat diharapkan untuk menjayakan Program Audit Pemantauan ini.