(TAHNIAH) Audit Pengawasan  SPKP MS ISO 9001:2015 dan ISMS ISO/IEC 27001:2013(2019)

Tahniah – Audit Pengawasan  SPKP MS ISO 9001:2015 dan ISMS ISO/IEC 27001:2013 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd

Dimaklumkan bahawa Audit Pengawasan  MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atas UKM telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25-26 April 2019 dan 29-30 April 2019.

Tiada Laporan Ketakakuran yang dilaporkan oleh Pasukan Audit Sirim QAS International Sdn Bhd dan mengesyorkan untuk pensijilan semula bagi Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih kepada Pengurusan UKM dan semua Warga UKM di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

Syabas dan Tahniah diucapkan.