UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

| Status Bahan Bacaan

Sem 2 Sesi Akademik 2023/2024
[26|04|2024] Penutupan Kaunter Bahan Bacaan
Pelajar yang dihormati,

Sebarang urusan berkaitan edaran bahan bacaan di Kaunter Buku, Aras 1, Bangunan Wawasan adalah DITUTUP pada tarikh 30 April 2024 (SELASA), sempena Majlis Rumah Terbuka Klasik Aidilfitri UKMShape. Pihak kami akan beroperasi semula pada 2 Mei 2024 (KHAMIS).

Terima kasih, Bahagian Pentadbiran dan Operasi, UKMShape.

[02|04|2024] Kaunter Edaran Bahan Bacaan Semester 2 Sesi Akademik 2023-2024
Tuan/Puan,
  • Sukacita dimaklumkan, kaunter edaran bahan bacaan akan bermula pada 15 April 2024 (Isnin) dan bagi edaran bahan bacaan untuk hujung minggu, edaran buku dan bahan bacaan akan bermula seperti tarikh berikut:-
  • Minggu Tarikh Masa
    Minggu Pertama  20/04/2024 (Sabtu) 21/04/2024 (Ahad) 10.00 pagi – 3.00 petang
    Minggu ke-2 27/04/2024 (Sabtu) 28/04/2024 (Ahad) 10.00 pagi – 3.00 petang
    Minggu ke-3 04/05/2024 (Sabtu) 05/05/2024 (Ahad) 10.00 pagi – 3.00 petang
  • Sila pastikan pengesahan bayaran yuran/cop Unit Kewangan UKMShape (bayaran yuran semester pengajian) bagi urusan serahan buku.
  • Bagi pelajar yang ingin mengambil bahan bacaan pada Hari Biasa (Isnin – Khamis) sila emelkan kepada ptdshape@ukm.edu.my atau boleh dihubungi di talian 03-8927 2106 (Unit Pentadbiran dan Operasi) untuk sebarang pertanyaan urusan pengambilan bahan bacaan di Aras 1, Bangunan Wawasan, UKMShape.
  • Kaunter edaran bahan bacaan tidak beroperasi/tutup pada Hari Jumaat.
  • Segala kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sem 1 Sesi Akademik 2023/2024

Makluman Penting Penutupan Operasi Kaunter Bahan Bacaan / Buku Bagi Semester 1 Sesi Akademik 2023-2024 (Program PBJJ dan Eksekutif Berkenaan Sahaja) (Kemaskini Terakhir: 13/02/2024)

  • Operasi kaunter buku akan DITUTUP bagi persediaan urusan edaran bahan bacaan / buku / modul bagi edaran Semester 2 Sesi Akademik 2023-2024.
  • Tarikh Penutupan bermula pada 17 Februari 2024 sehingga 12 April 2024.
  • Kaunter bahan bacaan/ buku dijangka akan dibuka semula pada 15 April 2024.
  • Jika anda ada sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, Unit Bahan Bacaan boleh dihubungi melalui emel ptdshape@ukm.edu.my atau hubungi kami, 03-8927 2106/2130/2131.

Sekian makluman dan terima kasih.

[24|10|2023] Kaunter Edaran Bahan Bacaan Semester 1 Sesi Akademik 2023-2024

Tuan/Puan,
  • Sukacita dimaklumkan, minggu edaran buku dan bahan bacaan/modul/eBook (Hujung Minggu) kepada pelajar baharu dan pelajar semasa bagi Semester 1 Sesi Akademik 2023-2024 akan bermula seperti tarikh berikut:-
  • MingguTarikhMasa
    Minggu Pertama 

    21/10/2023 (Sabtu)

    22/10/2023 (Ahad)

    10.00 pagi – 3.00 petang
    Minggu ke-2

    28/10/2023 (Sabtu)

    29/10/2023 (Ahad)

    10.00 pagi – 3.00 petang
    Minggu ke-3

    04/11/2023 (Sabtu)

    05/11/2023 (Ahad)

    10.00 pagi – 3.00 petang
  • Sila pastikan pelajar telah membuat pengesahan bayaran yuran/cop Unit Kewangan UKMShape (bayaran yuran semester pengajian) bagi urusan serahan buku.
  • Bagi pelajar yang ingin mengambil bahan bacaan pada Hari Biasa (Isnin – Khamis) sila emelkan kepada edayana@ukm.edu.my / sham72@ukm.edu.my atau hubungi di talian 03-8927 2106 (Unit Pentadbiran dan Operasi) untuk sebarang pertanyaan urusan pengambilan bahan bacaan di Aras 1, Bangunan Wawasan, UKMShape.
  • Bagi pelajar yang belajar di Pusat Kota Bharu, mohon pelajar mendapatkannya di Penyelia Pusat yang dilantik.
  • Segala kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sem 2 Sesi Akademik 2022/2023

Penutupan Kaunter Buku Semester 2 Sesi Akademik 2022/2023 (Kemaskini Terakhir: 11/07/2023)

Semua Pelajar
Program Eksekutif dan PBJJ
 
Saudara/i,
 
Dimaklumkan Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2022-2023 Program Eksekutif dan Berterusan Jarak Jauh akan diadakan pada 17 Julai hingga 6 Ogos 2023.
 
Sehubungan itu, operasi Kaunter Buku/Bahan Bacaan ditutup bagi persediaan urusan edaran bahan bacaan/buku/modul bagi Semester 1 Sesi Akademik 2023-2024. Tarikh penutupan bermula 17 Julai 2023 sehingga 16 Oktober 2023.
 
Jika ada sebarang perubahan tarikh, pihak kami akan mengemaskini semula di laman sesawang UKMShape dari masa ke semasa untuk makluman terkini.
 
Sekian, terima kasih.

Penutupan Operasi Kaunter Bahan Bacaan Sempena Cuti Hari Raya Haji 1444 Hijrah (Kemaskini Terakhir: 21/06/2023)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Malaysia Madani,
Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan kepada semua pelajar UKMShape (Prasiswazah Eksekutif dan PBJJ), bersempena perayaan Hari Raya Haji 1444H bertarikh 29 Jun 2023 iaitu hari Khamis, kaunter edaran bahan bacaan akan ditutup pada tarikh 30 Jun 2023 bersamaan Hari Jumaat.
 
Bahagian ini akan dibuka semula seperti biasa pada tarikh 3 Julai 2023 @ Isnin.
 
Harap maklum dan terima kasih.

Terima kasih

Penutupan Operasi Kaunter Bahan Bacaan Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri (Kemaskini Terakhir: 13/04/2023)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Tuan/puan,
 
Adalah dimaklumkan kepada para pelajar UKMShape (Prasiswazah Eksekutif dan PBJJ) bersempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut, kaunter edaran bahan bacaan tidak akan beroperasi bermula tarikh 17 April 2023 sehingga 5 Mei 2023.  Penutupan ini dibuat kerana mengambil kira Cuti Hari Raya Aidilfitri, Cuti Hari Pekerja dan Cuti Hari Wesak.
 
Bagi memastikan kelancaran perkhidmatan Kaunter Bahan Bacaan/Buku, bahagian operasi akan bertugas semula seperti biasa pada tarikh 8 Mei 2023 (Isnin).
 
Harap maklum dan terima kasih.

Kaunter Edaran Bahan Bacaan Semester 2 Sesi 2022-2023 (Kemaskini Terakhir: 24/03/2023)

  • Adalah dimaklumkan , edaran buku & bahan bacaan/modul/eBook kepada pelajar pada hujung minggu akan bermula seperti tarikh berikut :

a) 01 & 02 April 2023 : 10.00 pagi – 3.00 petang
b) 08 & 09 April 2023 : Kaunter Tutup (Sempena Cuti Hari Nuzul Al-Quran)
c) 15 & 16 April 2022 : 10.00 pagi – 3.00 petang

  • Bagi pelajar baharu dan semasa Pengajian Semester 1, edaran akan bermula pada 27/03/2022 (Isnin).
  • Sila pastikan anda telah membuat pengesahan bayaran yuran/cop Unit Kewangan UKMShape (bayaran yuran pengajian) bagi urusan serahan buku.
  • Manakala bahan bacaan bagi Pusat-Pusat Kuliah Luar Kampus boleh didapati dengan Penyelia Pusat Luar yang telah dilantik.
  • Segala kerjasama semua pihak amatlah dihargai.

Terima kasih

Sem 1 Sesi Akademik 2022/2023
Makluman Penting Untuk Daftar MyLab with eBook Bagi Kod Kursus EPPD1043 -Matematik Untuk Ekonomi dan Perniagaan (REPLACEMENT CODES)[Selanjutnya] (Kemaskini Terakhir: 06/12/2022)
  • Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar yang telah mengambil bahan bacaan kod akses bagi EPPD1043 yang ada masalah, sila emel kepada Puan Noraida di edayana@ukm.edu.my untuk permohonan gantian kod akses tersebut.
  • Permohonan adalah layak kepada pelajar yang telah menyelesaikan kadar yuran pengajian semester 1 sesi akademik 2022-2023 sahaja.
  • Sebarang permohonan kod akses eBook yang tidak berkaitan, sila mohon mengikut permohonan biasa dan boleh didapati hanya di Kaunter Unit Buku pada hari dan waktu operasi kaunter buku sahaja.
  • Sekian, terima kasih.
Kaunter Edaran Bahan Bacaan (Kemaskini Terakhir: 11/10/2022)
Tuan/Puan, Untuk makluman Kaunter Pendaftaran Edaran Bahan Bacaan (Hujung Minggu) bagi Semester 1 Sesi 2022-2023 adalah seperti berikut :-
Minggu Pertama 29/10/22 (Sabtu) 30/10/22 (Ahad)
Minggu ke-2 5/11/22 (Sabtu) 6/11/22 (Ahad)
Minggu ke-3 12/11/22 (Sabtu) 13/11/22 (Ahad)
Segala kerjasama semua pihak amatlah dihargai.
Sem 2 Sesi Akademik 2021/2022
Kaunter Edaran Bahan Bacaan (Kemaskini Terakhir: 21/03/2022)
  • Adalah dimaklumkan, edaran buku & bahan bacaan/modul/eBook kepada pelajar pada hujung minggu akan bermula seperti tarikh berikut:
a) 26 & 27 Mac 2022 : 10.00 pagi – 3.00 petang
b) 02 & 03 April 2022 : 10.00 pagi – 3.00 petang
c) 09 & 10 April 2022 : 10.00 pagi – 3.00 petang
  • Bagi pelajar baharu Pengajian Semester 1, edaran bermula pada 22/03/2022 (Selasa), manakala bagi pelajar semasa edaran akan bermula pada 28/03/2022 (Isnin).
  • Sila pastikan anda telah membuat pengesahan bayaran yuran/cop Unit Kewangan UKMShape (bayaran yuran pengajian) bagi urusan serahan buku.
  • Manakala bahan bacaan bagi Pusat-Pusat Kuliah Luar Kampus bermula tarikh 2 April 2022 (Sabtu) dan boleh didapati dengan Penyelia Pusat Luar yang telah dilantik.
 
Segala kerjasama semua pihak amatlah dihargai.