UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

Senarai Semakan Untuk Tindakan

Sekiranya saudara/i MENERIMA TAWARAN, sila ambil tindakan seperti berikut:-
    1. Membuat bayaran yuran pengajian sekurang-kurangnya 50% daripada yuran pengajian semester Pertama selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2018. Sila rujuk Struktur Yuran Pengajian dan Peraturan Am Kewangan Pelajar. Sila bawa slip bayaran pada hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran.
    2. Membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta dan muat naik Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan sebelum tarikh pendaftaran.
    3. Membuat permohonan pelekat kenderaan seperti berikut (jika perlu):
        • Membuat bayaran yuran pengajian.
        • Menukar kata laluan di Sistem Maklumat Pelajar Eksekutif (SMPE) (Pengenalan: No. Pendaftaran; Kata Laluan: No. Kad Pengenalan) setelah menerima emel pengesahan status pelajar.
        • Membuat permohonan pelekat kenderaan di Sistem Trafik menggunapakai kata laluan yang baharu sama seperti SMPE.
    4. Melengkapkan Borang Permohonan Keahlian Perpustakaan dan emel kepada farhana@ukm.edu.my atau rith@ukm.edu.my selepas tarikh pendaftaran.
    5. Melengkapkan Borang permohonan surat Pengesahan KWSP  dan serahkan di Kaunter Kewangan semasa hari pendaftaran (jika perlu).
    6. Pakaian hendaklah kemas dan sopan semasa hari pendaftaran.

**Peringatan : Seluar Jeans, Blaus dan Skirt Tidak Dibenarkan

 

Nota: Semua Pelajar dikehendaki menghadiri taklimat oleh Fakulti di Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) pada 12 September 2018 jam 10.30 pagi.

 

Terima Kasih.