8.1.2026 – Lawatan Penilaian Anugerah INSPIRA 2026
8 Januari 2026 – Lawatan penilaian juri ke UMBI oleh Profesor Dr. Nor Fadilah Rajab dan Profesor Madya Dr. Rozan Mohamad Yunus. Biobank UMBI telah disenarai pendek untuk Anugerah Makmal Perkhidmatan Cemerlang UKM. Anugerah ini adalah sebahagian daripada aktiviti Pertandingan Pra Karnival sempena Karnival Perkhidmatan Instrumentasi & Makmal UKM (INSPIRA 2026) yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF – UKM). INSPIRA 2026 akan berlangsung pada 15 Januari 2026 (Khamis) di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS).





—
SDG 8 | SDG 16 – Decent work, Productivity, Strong Institutions