Ceramah Buli Siber, Gangguan Dalam Talian & Perangi Penyebaran Berita Palsu

 

Oleh: Nur Nadia Razali

22 Oktober 2025 (Rabu) – Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), di bawah anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UMBI, telah mengadakan Ceramah Buli Siber, Gangguan Dalam Talian & Perangi Penyebaran Berita Palsu yang telah berlangsung di Auditorium UMBI dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai buli siber, gangguan dalam talian, dan berita palsu serta kesan negatif terhadap mangsa, masyarakat, dan keselamatan digital di kalangan warga UMBI. Encik Saiful Azrul Che Lah, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan daripada Bahagian Teknologi Maklumat, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) telah dijemput khas sebagai penceramah untuk menyampaikan sesi perkongsian yang penuh informasi ini.

Seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada felo penyelidik, kakitangan UMBI, kakitangan The Malaysian Cohort, serta pelajar telah menghadiri seminar ini. Antara pengisian menarik yang telah dikongsikan termasuklah definisi Gangguan Dalam Talian Bentuk-bentun Ganggunan dalam talian, Definisi Berita Palsu, Cara mengenalpasti Berita Palsu dan Perundangan Terkini: Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 bagi Kesalahan Buli Siber, Kesalahan Doxing, Buli Siber Menyebabkan Kecederaan, Kes Serius dan Kematian dan RUU Antibuli 2025.

Peserta memberi maklum balas positif dan menunjukkan komitmen tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang gangguan dalam talian, siber buli, dan berita palsu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi ceramah ini. Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta bidang pekerjaan. Secara keseluruhannya, seminar ini berjaya mencapai objektif yang telah digariskan berdasarkan maklum balas positif daripada para peserta.

Aktiviti JKKP UMBI 2025:

  1. Seminar Kesihatan Mental di Tempat Kerja (Gangguan Seksual)
  2. Seminar Ergonomik Pintar: Cegah Sakit Leher & Tulang Belakang Anda
  3. Ceramah Kecederaan Tusukan tajam (Sharp Injury)
  4. Ceramah Kesihatan Mental di Tempat Kerja
  5. Latihan Alat Pemadam Api UMBI 2025
  6. Latihan Kawad Kebakaran UMBI 2025
  7. Latihan Daftar Bahan Kimia dan SeCHRA
  8. Seminar Pengenalan Pertolongan Cemas (First Aider)
  9. Latihan Pengendalian Tangki Cecair Nitrogen
  10. Latihan Kit Tumpahan Biohazard

SDG 3 | SDG 4 | SDG 8

Keywords: Wellbeing | Decent work | Productivity | Quality of life | Safe work | Education