Program Gotong-Royong Perdana UMBI

Sebahagian warga UMBI yang telibat bergambar kenangan bersama Prof. Madya Dr. Nor Azian, Pengarah UMBI pada hari Gotong-Royong Perdana UMBI 2025.

 

Oleh: Zuraini Abd Razak

16 Oktober 2025 – Bersematkan peribahasa ringan sama menjinjing, berat sama memikul, Jawatankuasa 5S UMBI di bawah Jawatankuasa Kualiti & Risiko UMBI telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana UMBI yang telah dilaksanakan sepanjang hari bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Program di bawah naungan Ts. Dr. Saiful Effendi Syafruddin, Ketua Jaminan Kualiti UMBI telah melibatkan seluruh warga UMBI dengan pelbagai aktiviti.

Antara aktiviti yang telah dirancang rapi pelaksanaannya adalah mengecat petak parkir UMBI dan ruang-ruang dinding koridor, pengasingan barang pakai habis untuk pelupusan, pembersihan lumut di tapak simen, penutupan fail-fail, pengecatan semula kabinet serta pembersihan label botol-botol dan mengemas setor makmal.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang telah menjayakan aktiviti-aktiviti di Program Gotong-royong Perdana UMBI 2025.

 

SDG 3 | SDG 8 | SDG 12

Keywords: Wellbeing | Decent work | Productivity | Recycling