Lawatan Penandaarasan Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM), Indonesia

2 Disember 2025 | UMBI telah menerima lawatan rasmi delegasi Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM), Indonesia pada 1 hingga 2 Disember 2025.
Delegasi daripada RSCM ini dipimpin oleh Dr. Ardy Wildan (Endocrinologist) dan turut dihadiri oleh Mentari Kasih (Bioinformatician), Shahnaz Mutia Dewi (Laboratory Analyst) dan Harfi Maulana (Biobank Analyst). Lawatan yang diselaraskan oleh UMBI ini turut melibatkan lawatan ke Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (Hospital TABTAR) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Turut hadir semasa sesi lawatan ini adalah Pengurusan Tertinggi UMBI, Profesor Madya Dr. Nor Azian Abd Murad (Pengarah UMBI), Profesor Madya Ts. Dr. Chin Siok Fong (Timbalan Pengarah UMBI), Ts. Dr. Saiful Effendi Syafruddin (Ketua Jaminan Kualiti UMBI) dan Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal (Felo Utama UMBI); serta Profesor Dr. Norlaila Mustafa (Consultant Endocrinologist HCTM), Profesor Dr. Hamidah Alias dan Dr. Loh C-Khai (Paediatric Haematology-Oncology Ward Hospital TABTAR), Dr. Yong Woon Lee (Department of Diagnostic Laboratory Services Hospital TABTAR) dan Profesor Madya Dr. Hafizah Allaudin (Department of Diagnostic Laboratory Services HCTM).
Lawatan ini merangkumi sesi penandaarasan yang memberi tumpuan kepada pengurusan operasi dan pelaksanaan strategi dalam pembangunan penyelidikan kohort. Para delegasi turut di bawa melawat ke fasiliti-fasiliti yang berkaitan bagi berkongsi teknologi-teknologi yang digunakan. Antaranya termasuk lawatan ke Biobank UMBI, yang merupakan biobank terbesar di Asia Tenggara; Makmal Penjujukan Genom yang merupakan makmal penyelidikan berteknologi tinggi dengan aplikasi dua (2) platform utama iaitu PromethIon dan Ion GeneStudio S5 Prime System; dan Pusat Rekrutmen Projek The Malaysian Cohort (TMC), projek kajian prospektif populasi terbesar di Malaysia.
Pihak UMBI secara khususnya merakamkan setiggi-tinggi penghargaan kepada RSCM atas kesudian mengadakan lawatan ini. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuhkan pembangunan profesional dalam bidang penyelidikan.




—
SDG 3 | SDG 4 | SDG 17
Keywords: Wellbeing, Education, Innovation, Global partnership, Knowledge sharing