Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Di Malaysia

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 99 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 3 Januari 2022 sehingga 10 Januari 2022 dengan 91 kes baharu varian Delta (B.1.617.2) dan 8 kes baharu varian Omicron (B.1.1.529).

Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti 48 kes baharu VOC yang terdiri daripada 44 kes varian Delta (B.1.617.2) dan 4 kes varian Omicron (B.1.1.529) manakala Malaysia Genome & Vaccine Institute (MGI) telah mengenalpasti 47 kes baharu VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2) Selain itu, Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 3 kes baharu VOC iaitu varian Omicron (B.1.1.529), manakala Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah mengenalpasti 1 kes baharu VOC iaitu varian Omicron (B.1.1.529).

Lapan (8) kes baharu varian Omicron yang dilaporkan terdiri daripada enam (6) kes jangkitan import dengan lima (5) kes jemaah umrah dari Arab Saudi dan satu (1) kes pengembara dari Turki, serta dua (2) kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest  (VOI) adalah sebanyak 5,760 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 5,740 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

  • 5,240 kes varian Delta;
  • 253 kes varian Omicron;
  • 233 kes varian Beta; dan
  • 14 kes varian Alpha

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;

  • 13 kes varian Theta;
  • Empat (4) kes varian Kappa; dan
  • Tiga (3) kes varian Eta

Sumber KKM :

 

Artikel Berkaitan Situasi Dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein Covid-19 Di Malaysia

10 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-103-kes-varian-delta-dikesan-di-9-negeri/).

07 Oktober 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia/).

25 September 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/covid-19-23-kes-varian-baharu-38-kes-varian-voc/).

04 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-covid-19-di-malaysia-04112021/).

06 November 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-penemuan-subvarian-delta-ay-4-2-di-malaysia/).

02 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/2-disember-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/).

18 Disember 2021 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-2/).

11 Januari 2022 – (https://www.ukm.my/umbi/news/situasi-dan-maklumat-terkini-mengenai-mutasi-spike-protein-covid-19-di-malaysia-3/).