UKM Medical Molecular Biology Institute

 Leading Institute in Molecular Medicine

Seminar Pengurusan Kualiti MS ISO/IEC 17025:2017 Tahun 2022

  • MS ISO/IEC 17025, adalah pensijilan makmal bagi skop pengujian dan kalibrasi makmal. Setiap organisasi yang telah mendapat status akreditasi atau yang merancang untuk mendapat status akredetasi mesti mematuhi segala syarat keperluan dan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Organization for Standardization (ISO)/ International Electrotechnical Commission (IEC) atau singkatannya ISO/IEC 17025. Pengurusan kualiti merupakan suatu proses atau kaedah untuk mengenalpasti, menilai dan mengatur kepentingan sesuatu aspek pengurusan yang bertujuan untuk mencapai, mengekalkan dan menambahbaik kualiti produk atau perkhidmatan yang menjurus pada pencapaian objektif khususnya bagi sesebuah organisasi. Oleh itu, pengurusan kualiti MS ISO/IEC 17025 UMBI merancang untuk menganjurkan seminar pengurusan kualiti bagi tahun 2022. Seminar ini mencakupi penerangan secara teori berkaitan pengurusan kualiti MS ISO/IEC 17025 terutamanya dan dapat membantu para peserta memahami lebih mendalam berkaitan pengurusan kualiti.

    Objektif

    Objektif am penganjuran kursus pengurusan kualiti adalah untuk perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengurusan akreditasi makmal bagi standard MS ISO/IEC 17025:2017:

    1. Menghuraikan teori dan konsep asas pengurusan kualiti makmal serta mendedahkan para peserta kepada aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan kualiti.
    2. Pengenalan perincian berkaitan klausa seperti dalam garis panduan MS ISO/IEC 17025:2017.
    3. Pengenalan kepada keperluan pengurusan dan teknikal seperti dalam dokumen SAMM MS ISO/IEC 17025:2017.

    Penganjur

    Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)

  •  

  • Klik butang di bawah di sini untuk mendaftar

    PENDAFTARAN

  • Mohd Azrul Hisham Ismail
    azrulhisham@ukm.edu.my
    03-91459170

    Nur Ainn Che Hat
    nurainn@ppukm.ukm.edu.my
    03-91459029

    SEKRETARIAT SEMINAR PENGURUSAN KUALITI 2022
    Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI)
    Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak
    56000 Cheras, Kuala Lumpur
    Malaysia

    Faks: 03-91717185

Translate »