Kelab OKU

Sekretariat Mahasiswa OKU UKM (SMAKU UKM) merupakan salah satu pertubuhan rasmi di bawah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM (HEP-UKM) yang mula dijenamakan dengan nama tersebut pada sesi akademik 2018/2019, di mana asalnya ia dikenali sebagai Kelab Mahasiswa Istimewa UKM. Matlamat utama penubuhan sekretariat ini adalah untuk memperkasakan mahasiswa dan mahasiswi kelainan upaya (OKU) di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta menjalinkan hubungan dan kolaborasi dengan kelab-kelab di dalam dan luar universiti. Bagi mencapai matlamat tersebut, SMAKU berperanan dalam menguruskan aktiviti dan kebajikan pelajar seiring dengan pihak HEP-UKM, di samping membantu dan bekerjasama dengan UPS-OKU UKM dalam hal pengumpulan maklumat serta pelaksanaan program pembangunan untuk mahasiswa/i OKU. Secara keseluruhannya, SMAKU wujud dengan visi dan misi yang jelas untuk memastikan keperluan dan kebajikan pelajar OKU sentiasa terpelihara, memastikan suara mereka didengari dan tidak terpinggir, serta mendedahkan golongan ini dengan kemahiran pengurusan berorganisasi dan program.

Peranan

  • Bergerak seiring dengan HEP-UKM dalam pengurusan aktiviti dan kebajikan kepada mahasiswa OKU.
  • Membantu UPS-OKU UKM mengumpul maklumat mahasiswa OKU.
  • Bekerjasama dengan UPS-OKU UKM dalam program pembangunan mahasiswa/i OKU.

Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/share/1ESmFoKkye/


Kelab Sukarelawan Cakna OKU ialah sebuah pertubuhan pelajar yang berdedikasi tinggi dalam memperkasakan dan memberi sokongan kepada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU). Kelab ini berfungsi sebagai platform utama bagi melahirkan mahasiswa yang prihatin, berempati dan berpengetahuan luas tentang kaedah interaksi dan pengurusan pelbagai kategori OKU secara betul. Melalui penganjuran pelbagai aktiviti impak tinggi seperti slot pengenalan, program kesedaran, kemasyarakatan dan karnival inklusif, kelab ini komited membina persekitaran kampus yang mesra OKU. 

Peranan

  • Membantu meningkatkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan cara menyokong mereka.
  • Merancang dan melaksanakan program yang memberi manfaat langsung kepada OKU dari sudut sosial, pendidikan dan kesejahteraan.
  • Memupuk semangat masyarakat yang inklusif dengan memastikan golongan OKU turut diraikan dan dilibatkan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Maklumat Lanjut : https://www.facebook.com/Kelab-Cakna-OKU-100091262331357/