Unit Sumber Haiwan Makmal

 Fakulti Perubatan UKM

AUDIT JKKP (PKU12) BIL.2/2022

Pada 2 Jun 2022 wakil Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Perkerjaan (JKKP) Fakulti Perubatan UKM telah hadir menjalankan audit Prasarana Dan Persekitaran Ilmu Yang Kondusif di Pejabat dan Makmal USHM. En Imran selaku Pegawai Insiden di USHM membantu dalam segala pertanyaan yang di bangkitkan oleh juru audit. Seramai 6 orang juru audit telah datang dan menjalankan audit secara serantak di bahagian makmal dan pejabat USHM pada hari yang sama. Terdapat banyak teguran pembetulan yang telah dicadangkan oleh juru audit. USHM mengambil teguran secara positif dan bertekad untuk memenuhi krateria auditor pada masa akan datang.