Memerangi Maklumat Palsu: Strategi Intervensi Berkesan

Penyebaran maklumat palsu kini menjadi isu global yang turut membelenggu Malaysia. Ia ibarat virus maklumat yang merebak tanpa sempadan, memecah-belahkan masyarakat serta merosakkan kepercayaan antara satu sama lain. Dalam hal kesihatan, contohnya, maklumat salah tentang vaksin dan ubat telah mendorong kepada salah faham dan penyalahgunaan yang boleh mengancam nyawa.

Disebabkan itu, pelbagai strategi intervensi iaitu langkah pencegahan dan kawalan telah diusahakan oleh penyelidik, penggubal dasar, serta penyedia platform media sosial bagi mengurangkan kesan buruk maklumat palsu. Secara umum, strategi ini boleh difahami pada tiga peringkat: pengguna, platform, dan kerajaan.

Peringkat pengguna merujuk kepada intervensi yang direka untuk memperdaya dan mendidik pengguna serta pencipta kandungan dengan meningkatkan kemampuan mereka untuk menilai maklumat secara kritikal, menguatkan pertahanan kognitif, dan membuat keputusan yang bijak apabila berdepan dengan kandungan dalam talian. Peringkat ini seterusnya terbahagi kepada dua jenis iaitu intervensi berasaskan maklumat dan intervensi berasaskan kognisi.

Peringkat platform merangkumi piawaian, alat, dan inisiatif yang digerakkan oleh platform seperti Facebook, X (Twitter), dan Instagram, yang bertujuan untuk mengurus, memoderasi, dan mengehadkan penyebaran maklumat palsu melalui mekanisme teknologi, automatik, dan berasaskan komuniti. Intervensi pada peringkat ini biasanya berasaskan automasi.

  • Peringkat kerajaan pula merujuk kepada inisiatif, dasar, dan langkah kawal selia yang diketuai oleh kerajaan, melalui agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia. Usaha ini bertujuan untuk mengawal, mencegah, dan mengurangkan penyebaran maklumat palsu pada peringkat nasional atau global, di samping mewujudkan sokongan sistemik dan institusi bagi membentuk ekosistem maklumat yang dipercayai. Intervensi pada peringkat ini biasanya berasaskan polisi.

    • Berasaskan Polisi
      Akhir sekali, kerajaan memainkan peranan penting dengan menyediakan sokongan sistemik. Ini termasuk undang-undang, garis panduan, atau kempen nasional untuk memastikan ekosistem maklumat lebih selamat dan boleh dipercayai. Misalnya, undang-undang yang mewajibkan platform mengambil tindakan segera terhadap maklumat salah, atau kempen besar-besaran bagi menggalakkan orang ramai menyemak fakta sebelum berkongsi.

    Maklumat salah bukan sekadar masalah digital, ia sudah menjadi isu sosial, politik, dan kesihatan. Menangani cabaran ini memerlukan usaha bersama: pengguna perlu lebih celik maklumat, platform harus lebih telus dan bertanggungjawab, manakala kerajaan pula menyediakan dasar yang kukuh. Apabila ketiga-tiga pihak ini bergerak seiring, kita dapat membina ekosistem maklumat yang sihat, di mana kebenaran lebih pantas tersebar daripada kebohongan.

    Disediakan oleh;
    Anis Juanita binti Mohd Zainudin (P128744@siswa.ukm.edu.my)
    Nazlena binti Mohamad Ali (nazlena.ali@ukm.edu.my)
    Mohamad Taha bin Ijab (taha@ukm.edu.my)

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    (Visited 68 times, 1 visits today)