{"id":1877,"date":"2025-08-29T06:30:25","date_gmt":"2025-08-29T06:30:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/?p=1877"},"modified":"2025-08-29T06:37:30","modified_gmt":"2025-08-29T06:37:30","slug":"menangani-tekanan-dan-burnout-dalam-kalangan-profesional-ict-menurut-perspektif-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/menangani-tekanan-dan-burnout-dalam-kalangan-profesional-ict-menurut-perspektif-islam\/","title":{"rendered":"Menangani Tekanan dan Burnout dalam Kalangan  Profesional ICT Menurut Perspektif Islam"},"content":{"rendered":"<p>Dalam era digital yang serba pantas ini, profesion dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menuntut komitmen tinggi serta daya tahan mental yang kuat dan kerohanian yang kental. Profesional ICT sering berhadapan dengan tekanan kerja yang tinggi, tarikh akhir yang ketat, serta keperluan untuk sentiasa bersedia dalam menyelesaikan isu teknikal yang mendesak. Situasi ini menjadikan seorang profesional ICT terlalu sibuk dan sukar untuk menyeimbangkan keperluan kerjaya dengan kehidupan peribadi. Lebih menyedihkan jika profesional ICT terdiri daripada individu berkeluarga yang memerlukan masa dan perhatian sewajarnya. Jika masalah beban kerja dalam kalangan profesional ICT tidak ditangani dengan baik, tekanan berterusan ini boleh membawa kepada burnout, iaitu keletihan fizikal, emosi, dan spiritual yang serius. Dalam hal ini, pendekatan berteraskan nilai-nilai Islam boleh diamalkan sebagai benteng kukuh untuk menanganinya.<\/p>\n<p><strong>Punca Tekanan dan Burnout dalam Kalangan Profesional ICT<\/strong><br \/>\nPelbagai faktor boleh menyumbang kepada tekanan dalam kalangan profesional ICT termasuklah beban kerja yang saling bertindih, gangguan pada waktu rehat, keperluan mendesak untuk mengikut perkembangan teknologi yang pesat, serta persekitaran kerja yang tidak kondusif. Profesional ICT juga telah terbiasa dengan budaya \u201calways-on\u201d atau budaya \u201csentiasa boleh dihubungi\u201d yang menjejaskan keseimbangan antara kehidupan kerja dan peribadi. Selain daripada itu, para pengguna selalu menganggap profesional ICT mempunyai maklumat yang ke terhadapan dan sentiasa ada ketika diperlukan. Seandainya mereka gagal memenuhi kehendak pengguna seperti yang dianggap tersebut, mereka akan dinilai sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan diberikan reputasi yang rendah. Pandangan pengguna seperti ini turut mempengaruhi penilaian prestasi oleh ketua di sesebuah organisasi terhadap profesional ICT yang berkenaan.<\/p>\n<p>Secara realiti, profesional ICT juga adalah insan biasa yang memerlukan rehat fizikal dan ruang untuk pemulihan rohani bagi keseimbangan hidup di antara kerjaya dan kehidupan peribadi. Bagi mereka yang telah berkeluarga pula, mereka pastinya memerlukan masa yang berkualiti untuk bersama dengan insan-insan tersayang mereka. Tekanan yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan gangguan tidur, hilang motivasi, masalah kesihatan fizikal, dan penurunan prestasi kerja. Lebih membimbangkan, hal ini boleh membawa kepada kemurungan dan putus asa, yang akhirnya menggugat keseluruhan kesejahteraan hidup. Justeru, Islam mencadangkan beberapa strategi untuk menjaga kesihatan mental dan emosi, yang mana strategi ini boleh diamalkan oleh profesional ICT supaya hidup mereka lebih sejahtera dan bermakna.<\/p>\n<p><strong>Pandangan Islam Terhadap Kesihatan Mental dan Emosi<\/strong><br \/>\nDalam Islam, kesihatan mental adalah sebahagian daripada konsep kesejahteraan holistik \u0639\u064e\u0627\u0641\u0650\u064a\u064e\u0629)\u0652\u0627\u0644 (yang meliputi jasad, akal, dan roh. Islam menekankan kepentingan menjaga hati dan jiwa, kerana hati yang tenang dan bersih menjadi asas kepada kebahagiaan dan produktiviti.<br \/>\nFirman Allah SWT dalam Surah ar-Ra\u2019d ayat 28:<br \/>\n<strong>&#8220;Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.&#8221;<\/strong><br \/>\nAyat ini memberi panduan bahawa ketenangan bukan hanya dicapai melalui rehat fizikal, tetapi juga melalui hubungan spiritual dengan Allah SWT.<\/p>\n<p><strong>Strategi Menangani Tekanan: Pendekatan Profesional dan Islamik<\/strong><br \/>\nMenangani tekanan memerlukan pendekatan seimbang antara langkah profesional dan nilai-nilai Islam. Di antara strategi yang boleh diamalkan:<br \/>\n<strong>1. Menjaga Hubungan dengan Allah (Hablu Minallah) dan sesama manusia (Hablu Minannas)<\/strong><br \/>\nMengamalkan solat dengan khusyuk, membaca al-Quran, berzikir dan bertawakkal kepada Allah mampu menenangkan jiwa yang gelisah. Solat lima waktu bukan sekadar ibadah, malah menjadi ruang rehat dan refleksi dalam kesibukan kerja harian. Hubungan sesama manusia dijaga supaya hati sentiasa ceria, gembira dan memberikan pengalaman harian yang bermakna dan berpahala. Setiap kebaikan yang dilakukan di tempat kerja dan di mana-mana sahaja akan menjadi terapi yang baik ketika menjalankan tugas atau bersama dengan ahli keluarga dan komuniti setempat.<\/p>\n<p><strong>2. Mewujudkan Persekitaran Kerja Rahmah dan Adil<\/strong><br \/>\nMajikan perlu membudayakan ihsan dan rahmah dalam menguruskan pekerja. Islam sangat menekankan keadilan dalam tugasan dan kebajikan pekerja, seperti sabda Rasulullah SAW:<br \/>\n\u201cBayarlah upah pekerja sebelum peluhnya kering.\u201d (Hadis Riwayat Ibnu Majah)<\/p>\n<p><strong>3. Pengurusan Masa Secara Berhikmah<\/strong><br \/>\nProfesional ICT perlu menyusun tugasan berdasarkan keutamaan (awlawiyyat) serta mengamalkan sikap qana\u2019ah dan sabar dalam menghadapi tekanan. Pembahagian masa yang seimbang antara kerja, ibadah dan keluarga akan menjadikan kehidupan lebih teratur dan tenang.<\/p>\n<p><strong>4. Mendapatkan Sokongan Kaunseling dan Rakan Sejawat yang Prihatin<\/strong><br \/>\nDalam Islam, berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai amat digalakkan. Menyertai sesi kaunseling atau sokongan psikososial dapat mengurangkan beban emosi dan memberi ruang untuk melihat masalah secara objektif. Rakan sejawat yang prihatin adalah diperlukan di tempat kerja sebagai rujukan untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan panduan yang diperlukan dalam masa tertentu.<\/p>\n<p><strong>5. Amalan Kesihatan Jasmani dan Rohani<\/strong><br \/>\nMenjaga pemakanan, tidur mencukupi dan bersenam adalah sunah Rasulullah SAW yang terbukti dapat membantu kesihatan mental. Di samping itu, amalan membaca doa pagi dan petang serta solat sunat seperti Dhuha dan Tahajjud juga memberi ketenangan spiritual yang mendalam.<\/p>\n<p><strong>Penutup <\/strong><\/p>\n<p>Tekanan dan <em>burnout <\/em>bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan sepenuhnya, terutamanya dalam\u00a0 profesion ICT yang sentiasa dinamik. Namun, dengan pendekatan yang seimbang antara\u00a0 strategi pengurusan profesional dan nilai-nilai Islam, tekanan ini dapat diurus dengan lebih\u00a0 berkesan. Islam tidak hanya memberi solusi rohani, tetapi juga membina asas kukuh dalam\u00a0 mewujudkan kesejahteraan hidup secara menyeluruh dengan memiliki hati yang tenang, kerja\u00a0 yang berkualiti, hingga kepada kehidupan yang penuh makna.<\/p>\n<p><em>Dr. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin<\/em><br \/>\n<em>Dr. Hafizhah Suzana Hussien<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam era digital yang serba pantas ini, profesion dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menuntut komitmen tinggi serta daya tahan mental yang kuat dan<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/menangani-tekanan-dan-burnout-dalam-kalangan-profesional-ict-menurut-perspektif-islam\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1957,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11],"tags":[],"class_list":["post-1877","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umum"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1877","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1877"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1877\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1878,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1877\/revisions\/1878"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1957"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1877"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1877"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1877"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}