{"id":2526,"date":"2026-04-10T11:04:19","date_gmt":"2026-04-10T03:04:19","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/?p=2526"},"modified":"2026-04-10T11:04:58","modified_gmt":"2026-04-10T03:04:58","slug":"kuasa-digital-dan-pentaksiran-alternatif-membentuk-gelombang-baharu-pendidikan-berasaskan-bukti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/kuasa-digital-dan-pentaksiran-alternatif-membentuk-gelombang-baharu-pendidikan-berasaskan-bukti\/","title":{"rendered":"Kuasa Digital dan Pentaksiran Alternatif: Membentuk Gelombang Baharu Pendidikan Berasaskan Bukti"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">Kuasa digital hari ini bukan lagi sekadar alat bantu pembelajaran tetapi pemangkin kepada transformasi cara kita berfikir, menilai dan membina ilmu. Dalam ekosistem pendidikan tinggi, teknologi kini menjadi nadi kepada perubahan paradigma yang menuntut pendekatan penilaian baharu yang lebih reflektif, berasaskan bukti dan berpaksikan pengalaman dunia sebenar. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semangat ini dizahirkan melalui pelbagai inisiatif pengajaran berimpak tinggi yang menggabungkan inovasi, sains data dan nilai kemanusiaan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Salah satu pendekatan yang semakin menyerlah ialah Pentaksiran Alternatif Berasaskan Makalah Lapangan atau <em>Alternative Fieldwork Based Assessment Method <\/em>(AFAM). Walaupun pendekatan tersebut bukanlah amalan yang biasa bagi universiti, AFAM muncul sebagai satu kerangka penilaian autentik yang diinspirasikan daripada hasil penyelidikan terhadap penerimaan teknologi dron dalam kalangan petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan. Penyelidikan ini mendapati bahawa pendidikan, latihan dan celik digital merupakan tiga komponen utama yang menentukan tahap penerimaan teknologi baharu dalam kalangan petani. Ketiga-tiga komponen ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam reka bentuk penilaian pelajar dalam AFAM yang menilai keupayaan mereka memahami teori, melaksanakan aktiviti lapangan sebenar dan menganalisis dapatan menggunakan alat digital. Pendekatan ini menjadikan pelajar bukan sekadar penghafal konsep tetapi penyelidik kecil yang berfikir secara kritikal, memproses data sebenar dan menulis makalah berasaskan bukti. Inilah inti sebenar penilaian autentik yang menilai kebolehan pelajar menghubungkan ilmu dengan realiti sosial.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KuasaDigital.png\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-2527 size-medium\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KuasaDigital-300x300.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KuasaDigital-300x300.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KuasaDigital-150x150.png 150w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KuasaDigital-768x768.png 768w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/KuasaDigital.png 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain itu, pelaksanaan pendekatan ini turut disokong oleh Pusat Teknologi Digital UKM (DigitalUKM) yang menyediakan infrastruktur digital, perisisan analisis data seperti SPSS, serta platform pembelajaran dalam talian untuk tujuan pengajaran dan penyelidikan. Melalui sistem dan perisian yang disediakan DigitalUKM, pelajar dapat mengurus data dengan lebih cekap, tepat dan saintifik. Hasil kerja mereka boleh direkod, dikongsi dan dinilai secara dalam talian, menjadikan proses pembelajaran lebih telus dan berasaskan bukti. Sumbangan DigitalUKM telah memperkukuh peranan teknologi sebagai ekosistem yang menyatukan pendidikan, penyelidikan dan inovasi yang benar-benar mencerminkan kuasa digital dengan impak global. Pengalaman tersebut menunjukkan bahawa inovasi pendidikan tidak semestinya datang daripada ciptaan baharu tetapi dari kebijaksanaan memperkemas amalan sedia ada agar lebih relevan dan berimpak. Dalam konteks ini, AFAM bukan sekadar penilaian, bahkan satu bentuk pemikiran pedagogi yang menilai pelajar secara menyeluruh merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Anugerah KNOVASI UKM 2025 bagi kategori Pentaksiran Alternatif yang diterima sebagai inisiatif baru penilaian pelajar mengesahkan keberkesanan pendekatan berasaskan bukti sebagai salah satu amalan terbaik universiti dalam era digital.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Melangkah ke hadapan, masa depan komunikasi digital harus bersifat inklusif, empatik dan berakar pada tanggungjawab sosial. Kuasa digital bukan hanya tentang kemajuan sistem tetapi merangkumi kebijaksanaan manusia memanfaatkannya untuk memperkasa nilai, ilmu dan kreativiti. Dalam dunia yang semakin dipacu oleh automasi, pendidik dan penyelidik kekal sebagai pemikir strategik yang memanusiakan teknologi. Dengan sinergi antara DigitalUKM dan institusi akademik LESTARI, impak global kuasa digital ini akan terus terserlah melalui pembentukan generasi pelajar yang berilmu, analitik dan bertanggungjawab kepada masyarakat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dari sudut pandang yang lebih strategik, AFAM melambangkan perubahan budaya akademik yang menjadikan penulisan, analisis dan refleksi sebagai bukti pencapaian sebenar pelajar. Hal ini bukan sekadar reformasi kaedah penilaian tetapi juga satu revolusi tentang cara universiti menilai kualiti ilmu dan kematangan berfikir. Kuasa digital memberi ruang kepada setiap pelajar untuk berkembang sebagai individu yang bukan hanya menguasai teknologi, malah memahami nilai kemanusiaan di sebaliknya. Justeru, pendidikan berasaskan bukti seperti AFAM harus diteruskan sebagai pendekatan yang menyatukan pemikiran kritikal, integriti akademik dan tanggungjawab sosial sebagai asas penting dalam membina universiti masa depanyang benar-benar mendukung impak global.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><em>Disediakan oleh,<\/em><\/p>\n<p><em>Dr. Nor Diana Mohd Idris<\/em><br \/>\n<em>nordiana@ukm.edu.my<\/em><br \/>\n<em>Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuasa digital hari ini bukan lagi sekadar alat bantu pembelajaran tetapi pemangkin kepada transformasi cara kita berfikir, menilai dan membina ilmu. Dalam ekosistem pendidikan tinggi,<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/kuasa-digital-dan-pentaksiran-alternatif-membentuk-gelombang-baharu-pendidikan-berasaskan-bukti\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2527,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11,57],"tags":[],"class_list":["post-2526","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umum","category-vol-2-macapr-2026"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2526","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2526"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2526\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2529,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2526\/revisions\/2529"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2527"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2526"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2526"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2526"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}