{"id":2858,"date":"2026-06-30T23:49:13","date_gmt":"2026-06-30T15:49:13","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/?p=2858"},"modified":"2026-06-30T23:51:33","modified_gmt":"2026-06-30T15:51:33","slug":"media-sosial-dan-ancaman-jangkitan-seksual-literasi-kesihatan-dalam-era","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/media-sosial-dan-ancaman-jangkitan-seksual-literasi-kesihatan-dalam-era\/","title":{"rendered":"Media Sosial dan Ancaman Jangkitan Seksual: Literasi Kesihatan dalam Era"},"content":{"rendered":"<p><strong>Pengenalan<\/strong><br \/>\n<br \/>\nEra digital kini telah mengubah cara manusia berinteraksi, mendapatkan maklumat dan membuat keputusan berkaitan kesihatan. Dalam dunia yang dipacu algoritma, media sosial bukan lagi sekadar ruang hiburan atau komunikasi, tetapi turut menjadi pemangkin utama yang mempengaruhi persepsi, emosi dan tingkah laku masyarakat, termasuk yang berkaitan dengan kesihatan seksual.<br \/>\n<br \/>\nDi sebalik kelebihan capaian maklumat yang luas dan pantas tanpa sempadan, wujud cabaran besar yang semakin membimbangkan, khususnya berkaitan jangkitan seksual atau sexually ransmitted infections (STI) dan jangkitan saluran reproduktif atau reproductive track infections (RTI). Golongan muda yang aktif dalam ekosistem digital kini terdedah kepada lambakan maklumat kesihatan yang bercampur aduk antara fakta, separa benar dan mitos yang berpotensi di viralkan tanpa tapisan saintifik.<br \/>\n<br \/>\nFenomena ini memperlihatkan bahawa kuasa digital mampu memberi impak besar dan global terhadap kesihatan masyarakat. Persoalannya, adakah media sosial sedang memperkukuh literasi kesihatan dan mempromosikan kesihatan seksual yang lebih selamat, atau sebenarnya membentuk budaya risiko baharu dalam masyarakat digital?<br \/>\n<br \/>\n<strong>Media Sosial: Gedung Ilmu atau Penyebar Mitos?<\/strong><br \/>\n<br \/>\nPlatform gergasi seperti TikTok, Instagram, Facebook dan X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) telah menjadi antara sumber utama rujukan kesihatan bagi generasi muda, menggantikan sumber maklumat tradisional dan konvensional. Video pendek, kandungan interaktif dan pengaruh pencipta kandungan menjadikan penyampaian maklumat lebih pantas dan mudah di capai.Meskipun institusi kesihatan dan akademik giat menjalankan penyelidikan mengenai STI dan RTI serta menyebarkan maklumat yang sahih, algoritma media sosial lazimnya mengutamakan kandungan yang bersifat sensasi, emosional dan tular berbanding kandungan yang tepat dari sudut saintifik. Dalam konteks STI, keadaan ini membuka ruang kepada penyebaran maklumat tidak sahih mengenai simptom, kaedah pencegahan dan rawatan.Lebih membimbangkan, sebahagian kandungan digital mempermudah atau menormalisasikan tingkah laku seksual berisiko tanpa menekankan aspek perlindungan kesihatan. Akibatnya, pengguna muda mungkin membentuk persepsi bahawa STI bukan ancaman serius atau mudah diatasi tanpa rawatan profesional, yang menyebabkan mereka mengabaikan langkah pencegahan yang betul atau menangguhkan rawatan perubatan.Di sinilah wujudnya cabaran besar literasi kesihatan digital. Keupayaan seseorang untuk membezakan fakta saintifik daripada kandungan tular kini menjadi kemahiran asas dalam masyarakat moden.<br \/>\n<br \/>\n<strong>Normalisasi Tingkah Laku Berisiko dalam Budaya Digital<\/strong><br \/>\n<br \/>\nMedia sosial mempunyai pengaruh besar terhadap pembentukan norma sosial, terutamanya yang berkaitan dengan tingkah laku seksual, orientasi dan gaya hidup. Pendedahan berulang dan berterusan kepada kandungan berkaitan hubungan intim kasual atau aktiviti seksual tanpa perlindungan serta gaya hidup tanpa batas boleh meruntuhkan benteng nilai murni dan mempengaruhi persepsi risiko, terutamanya dalam kalangan remaja dan dewasa muda.<br \/>\nKewujudan trend yang semakin popular iaitu aplikasi temu janji digital pula mempercepatkan interaksi interpersonal dan pembentukan hubungan spontan. Walaupun teknologi ini memudahkan komunikasi sosial, ia turut meningkatkan potensi pendedahan kepada STI sekiranya tidak disertai kesedaran kesihatan yang mencukupi.Dalam masa yang sama, algoritma media sosial sering membentuk \u201cgelembung maklumat\u201d (filter bubble) atau echo chamber, iaitu pengguna hanya terdedah kepada kandungan yang selari dengan minat dan kecenderungan mereka. Keadaan ini menyebabkan mesej kesihatan awam sukar menembusi kelompok tertentu, sekali gus melemahkan usaha pendidikan kesihatan digital untuk mengubah tingkah laku berisiko.Tambahan pula, elemen visual dan segera pada platform seperti Instagram dan TikTok menggalakkan perbandingan sosial dan mencetuskan tekanan untuk menyesuaikan diri dengan imej ideal yang sering kali mengandungi unsur seksualiti yang berani. Tekanan rakan sebaya dan perasaan tidak mahu ketinggalan ini mendorong golongan muda mengambil risiko tanpa menilai sepenuhnya implikasi jangka panjang terhadap kesihatan diri, terutamanya STI dan RTI. Fenomena ini menunjukkan bahawa impak teknologi hari ini bukan sekadar bersifat teknikal, tetapi turut membentuk budaya dan pola tingkah laku masyarakat global.<br \/>\n<br \/>\n<strong>Stigma STI dalam Ruang Siber<\/strong><br \/>\n<br \/>\nWalaupun dunia semakin digital, stigma terhadap STI masih kuat dalam masyarakat. Ramai individu enggan menjalani saringan atau mendapatkan rawatan kerana takut dihakimi, dipersalahkan atau dipandang negatif, menyebabkan mereka merahsiakan status kesihatan mereka, yang seterusnya menyumbang kepada penularan jangkitan.Dalam ruang siber, stigma ini boleh menjadi lebih agresif melalui budaya buli siber atau \u201ccyberbullying\u201d, penghinaan terbuka dan penyebaran maklumat peribadi tanpa etika. Situasi ini bukan sahaja memberi kesan psikologi kepada individu, malah boleh menghalang usaha pengesanan awal dan rawatan STI.Namun begitu, media sosial juga mempunyai potensi besar sebagai medium pengurangan stigma. Pendekatan komunikasi yang lebih empati, inklusif dan berorientasikan pendidikan mampu membantu masyarakat melihat STI sebagai isu kesihatan awam, bukannya hukuman moral.Perkongsian pengalaman pesakit secara anonim, sesi siaran langsung bersama pakar perubatan atau profesional kesihatan, serta kandungan pendidikan yang mesra pengguna boleh membantu membina suasana digital yang lebih selamat dan menyokong kesejahteraan masyarakat.<br \/>\n<br \/>\n<strong>Memperkasa Literasi Kesihatan Digital<\/strong><br \/>\n<br \/>\nDalam era \u201cKuasa Digital, Impak Global\u201d, literasi kesihatan digital perlu dilihat sebagai keperluan strategik, bukan lagi pilihan sampingan. Pendidikan kesihatan tidak boleh kekal dalam bentuk konvensional semata-mata, sebaliknya perlu bergerak seiring dengan gaya komunikasi generasi digital. Mesej kesihatan perlu diolah semula agar ringkas, menarik, berimpak visual dan mudah difahami oleh audiens muda, sambil mengekalkan ketepatan saintifik.Antara pendekatan yang boleh diperkukuh termasuk:<\/p>\n<ol>\n<li><strong>Kerjasama Pakar dan Pempengaruh Digital:<\/strong><br \/>\nInstitusi akademik dan agensi kesihatan perlu bekerjasama dengan pempengaruh media sosial yang mempunyai kredibiliti untuk menyebarkan maklumat STI yang tepat. Ini akan membantu meningkatkan capaian mesej kesihatan kepada sasaran demografi yang lebih luas.<\/li>\n<li><strong>Pemantauan dan Pembetulan Misinformasi:<\/strong><br \/>\nMekanisme yang lebih pantas perlu dibangunkan untuk mengenal pasti dan membetulkan misinformasi STI yang tular. Penggunaan ciri semakan fakta oleh penyedia platform adalah penting untuk mengekalkan keabsahan maklumat kesihatan di ruang siber.<\/li>\n<li><strong>Kempen Berfokus pada Kemahiran Hidup:<\/strong><br \/>\nPendidikan di media sosial harus melangkaui sekadar fakta biologi. Ia perlu memberikan tumpuan kepada kemahiran hidup yang relevan, seperti cara berkomunikasi secara bertanggungjawab dengan pasangan, cara mengakses ujian saringan dan cara mengelakkan risiko tingkah laku seksual yang memudaratkan.<\/li>\n<li><strong>Pendekatan Komunikasi yang Lebih Manusiawi:<\/strong><br \/>\nGenerasi muda lebih responsif terhadap kandungan yang jujur, empati dan tidak menghakimi. Oleh itu, strategi komunikasi kesihatan perlu mengutamakan pendekatan yang lebih inklusif dan mesra pengguna.<\/li>\n<\/ol>\n<p>\n<strong>Kesimpulan<\/strong><br \/>\nMedia sosial telah mengubah landskap komunikasi kesihatan seksual secara kekal. Ia merupakan alat yang berkuasa untuk memacu penyebaran agenda pendidikan kesihatan yang lebih luas atau mengheret masyarakat ke lembah tingkah laku berisiko. Oleh itu, amat penting untuk pihak berkepentingan, termasuk para pendidik, penyelidik dan pembuat dasar, untuk secara aktif mengintegrasikan media sosial dalam strategi kesihatan awam.Jika media sosial mampu menularkan hiburan dalam beberapa saat, platform yang sama juga sepatutnya mampu menularkan kesedaran kesihatan yang menyelamatkan nyawa. Kita boleh mengubah ruang digital ini daripada ancaman kepada aset yang tidak ternilai dalam usaha kolektif membendung STI serta mempromosikan masyarakat yang lebih sihat dan bermaklumat.<br \/>\n<br \/>\n<center><a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Picture17.png\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Picture17-200x300.png\" alt=\"\" width=\"200\" height=\"300\" class=\"alignnone size-medium wp-image-2861\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Picture17-200x300.png 200w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/Picture17.png 505w\" sizes=\"(max-width: 200px) 100vw, 200px\" \/><\/a><br \/>\n<\/center><br \/>\n<strong>Kata kunci: <\/strong> media sosial, literasi kesihatan digital, STI, misinformasi, kesejahteraan digital<br \/>\n<br \/>\nOleh:<br \/>\n<em><strong><br \/>\nVanitha Mariappan, PhD (K023395)<br \/>\nNor Azura Rosidi (K013292) <a href=\"mailto:azura.rosidi@ukm.edu.my\">azura.rosidi@ukm.edu.my<\/a><br \/>\nPusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan (CORE)<br \/>\nFakulti Sains Kesihatan<br \/>\nUniversiti Kebangsaan Malaysia<br \/>\n<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengenalan Era digital kini telah mengubah cara manusia berinteraksi, mendapatkan maklumat dan membuat keputusan berkaitan kesihatan. Dalam dunia yang dipacu algoritma, media sosial bukan lagi<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/media-sosial-dan-ancaman-jangkitan-seksual-literasi-kesihatan-dalam-era\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2860,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[55,58],"tags":[],"class_list":["post-2858","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-media-sosial-etika-kesejahteraan","category-vol-3-meijun-2026"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2858","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2858"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2858\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2864,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2858\/revisions\/2864"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2858"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2858"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2858"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}