{"id":3026,"date":"2026-08-12T16:57:22","date_gmt":"2026-08-12T08:57:22","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/?p=3026"},"modified":"2026-08-12T17:21:56","modified_gmt":"2026-08-12T09:21:56","slug":"pengaturcaraan-vibes-transformasi-idea-kepada-realiti-bersama-gemini-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/pengaturcaraan-vibes-transformasi-idea-kepada-realiti-bersama-gemini-2\/","title":{"rendered":"Pengaturcaraan Vibes: Transformasi Idea kepada Realiti Bersama Gemini"},"content":{"rendered":"<p><center><br \/>\n<strong>Nazatul Aini Abd Majid<\/strong><br \/>\nFakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM<br \/>\nnazatulaini@ukm.edu.my<\/center><br \/>\n<strong>Kata Kunci:<\/strong> Pengaturacaraan Vibe, Pendidikan Digital, Kecerdasan Buatan (AI), Gemini Canvas<\/p>\n<p>Pernahkah anda mempunyai idea untuk sebuah aplikasi yang boleh membantu orang lain, tetapi terhenti kerana merasakan diri tidak mahir membina perisian? Kini, dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan atau dalam Bahasa Inggerisnya, Artificial Intelligence (AI) seperti Gemini, idea tersebut boleh ditukar menjadi aplikasi sebenar hanya dengan memberi arahan dalam bahasa pertuturan biasa. Pendekatan ini dipanggil pengaturcaraan berasaskan vibe atau dalam Bahasa Inggerisnya, vibe coding, iaitu kaedah membina perisian dengan memerihalkan apa yang anda mahukan, lalu AI menjana kod yang berfungsi untuk anda.<\/p>\n<p>Hakikatnya, konsep vibe coding ini seperti seorang konduktor orkestra. Konduktor tidak memainkan setiap alat muzik sendiri, sebaliknya mengarahkan para pemain untuk menghasilkan satu lagu yang harmoni. Begitulah peranan anda dalam vibe coding, anda tidak perlu menulis setiap baris kod, tetapi cukup dengan mengarahkan AI melalui prom yang jelas sehingga idea dalam fikiran anda menjelma menjadi aplikasi yang boleh digunakan. Persoalannya, bagaimana kita boleh memanfaatkan potensi ini bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna kepada orang lain?<\/p>\n<p>Mari kita lihat bagaimana Gemini memudahkan perjalanan ini. Melalui pilihan canvas dalam Gemini, pengguna boleh menaip satu prom yang menerangkan aplikasi yang diingini, lalu Gemini akan menjana kod dan memaparkan pratonton aplikasi secara langsung. Jika hasilnya belum menepati cita rasa, pengguna boleh memperhalusinya dengan menambah arahan baharu, malah terdapat ciri yang membenarkan pengguna melakar terus pada paparan aplikasi atau bercakap menggunakan suara untuk menyampaikan perubahan yang dikehendaki.<br \/>\nSelepas berpuas hati, aplikasi tersebut boleh diterbitkan dalam talian supaya boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Inilah keindahan vibe coding, jurang antara idea dan realiti menjadi semakin kurang.<\/p>\n<p><center><a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Vol4_9.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-3028\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Vol4_9-300x162.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"162\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Vol4_9-300x162.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/Vol4_9.jpg 602w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/center>&nbsp;<\/p>\n<p><center>Rajah 1: Membina aplikasi Pengukur Semula Resipi menggunakan Canvas dalam Gemini bermula daripada satu prom kepada aplikasi yang lengkap<\/center><\/p>\n<p>Bayangkan seorang guru yang ingin membantu pelajarnya menghafal sifir dengan lebih seronok. Dengan vibe coding, guru tersebut hanya perlu memberi prom seperti &#8220;bina permainan kuiz sifir yang berwarna-warni dengan markah dan bunyi&#8221;, lalu sebuah aplikasi permainan terus terhasil dan boleh diubahsuai dengan tambahan prom. Begitu juga seorang sukarelawan yang ingin membina aplikasi ringkas mengira agihan sumbangan untuk masjid, atau seorang ibu yang mahu mencipta senarai semak harian untuk anak istimewanya. Semua ini boleh dilakukan tanpa latar belakang pengaturcaraan yang mendalam. Inilah kuasa sebenar yang ingin kami kongsikan: bahawa sesiapa sahaja kini berpeluang menjadi pencipta penyelesaian, bukan sekadar pengguna teknologi.<\/p>\n<p>Untuk membantu anda memulakan langkah membina aplikasi yang bermanfaat kepada orang lain, berikut dicadangkan satu strategi mudah:<\/p>\n<ol>\n<li>Kenal pasti masalah orang lain: Mulakan bukan dengan teknologi, tetapi dengan bertanya: kesukaran apakah yang dihadapi oleh keluarga, komuniti atau pelajar di sekeliling saya yang boleh dipermudahkan?<\/li>\n<li>Perihalkan idea dengan jelas: Tulis prom yang menerangkan tujuan aplikasi, siapa penggunanya dan ciri utama yang diperlukan. Semakin jelas arahan, semakin tepat hasilnya.<\/li>\n<li>Jana dan uji: Biarkan Gemini menjana aplikasi, kemudian cuba gunakannya sendiri seolah-olah anda pengguna sebenar.<\/li>\n<li>Perhalusi melalui maklum balas: Tambah arahan untuk membaiki reka bentuk, warna atau fungsi sehingga aplikasi benar-benar mesra pengguna.<\/li>\n<li>Kongsi dan nilai impak: Terbit aplikasi, beri kepada pengguna sasaran, dan dengar maklum balas mereka untuk penambah baikan seterusnya.<\/li>\n<\/ol>\n<p>Strategi ini menekankan bahawa keutamaan vibe coding bukanlah pada kemahiran teknikal, tetapi pada empati dan kreativiti dalam menyelesaikan masalah sebenar. Justeru, panduan penting untuk setiap pencipta ialah memastikan aplikasi yang dibina benar-benar memberi nilai tambah kepada penggunanya, bukan sekadar canggih, tetapi bermakna dan menyelesaikan sesuatu keperluan.<\/p>\n<p>Bagi sesiapa yang ingin meneroka dengan lebih lanjut, portal pembelajaran VibeCoding FTSM (<a href=\"https:\/\/nazatulainiabdmajid.github.io\/VibeCoding_FTSM\/\">https:\/\/nazatulainiabdmajid.github.io\/VibeCoding_FTSM\/<\/a>) menyediakan panduan dan contoh untuk memulakan langkah pertama bersama Gemini. Daripada langkah kecil ini, lahirnya budaya mencipta, bukan sekadar menggunakan teknologi.<\/p>\n<p>Akhirnya, pemerkasaan setiap individu untuk menghasilkan sendiri aplikasi yang bermanfaat adalah selaras dengan hasrat memupuk bakat digital yang cekap dan tangkas di Malaysia. Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini. Mari bersama kita hasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain kerana bersama Gemini, idea anda kini hanya sejauh daripada satu prompt untuk menjadi realiti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nazatul Aini Abd Majid Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM), UKM nazatulaini@ukm.edu.my Kata Kunci: Pengaturacaraan Vibe, Pendidikan Digital, Kecerdasan Buatan (AI), Gemini Canvas Pernahkah anda<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/pengaturcaraan-vibes-transformasi-idea-kepada-realiti-bersama-gemini-2\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3028,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"sky_video_link_meta":"","footnotes":""},"categories":[59,53],"tags":[],"wd_jilid":[63],"class_list":["post-3026","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-vol-4-julogos-2026","category-pendidikan-digital","wd_jilid-jilid-4"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3026","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3026"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3026\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3037,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3026\/revisions\/3037"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3028"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3026"},{"taxonomy":"wd_jilid","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/wd_jilid?post=3026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}