{"id":3391,"date":"2026-09-07T17:01:35","date_gmt":"2026-09-07T09:01:35","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/?p=3391"},"modified":"2026-09-07T17:17:24","modified_gmt":"2026-09-07T09:17:24","slug":"aplikasi-ai-dalam-penulisan-kertas-akademik-transformasi-penyelidikan-ai-generatif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/aplikasi-ai-dalam-penulisan-kertas-akademik-transformasi-penyelidikan-ai-generatif\/","title":{"rendered":"APLIKASI AI DALAM PENULISAN KERTAS AKADEMIK: TRANSFORMASI PENYELIDIKAN AI GENERATIF"},"content":{"rendered":"<p><center><strong>Muhamad Razuhanafi Mat Yazid\u00b9*, Nur Izzi Md Yusoff\u00b9<\/strong><br \/>\nJabatan Kejuruteraan Awam1, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,  Universiti Kebangsaan Malaysia<br \/>\n* Penulis Koresponden : <a href=\"mailto:razuhanafi@ukm.edu.my\">razuhanafi@ukm.edu.my<\/a><\/center><\/p>\n<p><strong>Kata Kunci: <\/strong> Kecerdasan Buatan (AI), Penulisan Akademik, AI Generatif.<\/p>\n<p><strong>Pengenalan<\/strong><br \/>\nAplikasi AI dalam Penulisan Kertas Akademik: Anjakan Paradigma dari bekerja keras (Hustle) kepada  kerja pintar (Hack). Selama berdekad-dekad, penulisan kertas akademik sinonim dengan budaya kerja keras\/pulun berjaga malam di perpustakaan, membaca berpuluh-puluh artikel jurnal yang tebal, dan merenung skrin kosong selama berjam-jam demi menyusun satu perenggan pengenalan yang sempurna. Budaya ini sering diagung-agungkan sebagai bukti dedikasi seorang sarjana. Namun, pada era kepesatan Kecerdasan Buatan (AI) generatif, adakah budaya kerja keras\/pulun ini masih relevan, atau ia sekadar satu pembaziran potensi kognitif? <\/p>\n<p>Dunia akademik kini sedang menyaksikan satu anjakan paradigma yang radikal: peralihan daripada budaya bekerja keras tanpa henti kepada bekerja dengan pintar, efisien, dan strategik [1]. Kerja pintar dalam konteks ini sama sekali bukan bermaksud menipu, memplagiat, atau membiarkan mesin menulis bagi pihak kita. Sebaliknya, ia adalah tentang memanfaatkan alatan AI untuk mengambil alih tugas-tugas mekanikal dan pentadbiran penyelidikan, membolehkan penyelidik memfokuskan tenaga minda kepada analisis kritikal, inovasi, dan sintesis idea.<br \/>\nMenguasai era kepesatan Kecerdasan Buatan (AI) generatif ini selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi ke arah pendigitalan pendidikan dan ia bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan kelangsungan akademik. Mari kita teliti bagaimana empat aplikasi AI iaitu Gemini, NotebookLM, Scholar Labs, dan Napkin AI mampu mentransformasikan proses penulisan kertas akademik.<\/p>\n<ol>\n<li><strong>Gemini: Rakan Percambahan Idea dan Penstrukturan Idea<\/strong><br \/>\nSetiap penulisan bermula dengan idea, dan di sinilah fasa paling sukar berlaku iaitu kebuntuan idea.  Kita tahu apa yang ingin ditulis, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Di sinilah Google Gemini memainkan peranan sebagai rakan perbincangan pintar kita. Gemini bukanlah alat untuk kita minta seperti &#8220;Tuliskan esei 2000 patah perkataan tentang Analisis Rangkaian Laluan Pejalan Kaki Menggunakan QGIS berdasarkan Perspektif Kos dan Masa.&#8221; Sebaliknya, gunakannya sebagai rakan kolaborasi.<\/p>\n<p>Cara Pintar Menggunakan Gemini: Membina Rangka Penulisan (Outline): Berikan arahan (prompt) yang spesifik seperti pada Rajah 1. Contoh: &#8220;Saya perlu menulis kertas konsep mengenai Analisis Rangkaian Laluan Pejalan Kaki Menggunakan QGIS berdasarkan Perspektif Kos dan Masa. Tolong binakan satu rangka penulisan yang komprehensif merangkumi pengenalan, sorotan literatur, kaedah kajian, dan kesimpulan.&#8221; Penambahbaikan Laras Bahasa: Tulis draf mentah  dan minta Gemini untuk memurnikan struktur ayat agar bunyinya lebih akademik dan profesional. Terjemahan Berkonteks: Kadangkala, idea datang dalam Bahasa Melayu tetapi kertas perlu dihantar dalam Bahasa Inggeris. Gemini sangat cemerlang dalam mengekalkan konteks akademik berbanding aplikasi terjemahan biasa [2].\n<\/li>\n<p><center><br \/>\n<a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_47-1.png\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_47-1-300x165.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"165\" class=\"alignnone size-medium wp-image-3392\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_47-1-300x165.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_47-1.png 766w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><br \/>\n<strong>Rajah 1: <\/strong>Pelaksanaan Arahan Bersistem dalam Penjanaan Idea Gemini<br \/>\n<\/center><\/p>\n<li><strong>NotebookLM: Sintesis Literatur Berpaksikan Sumber Rujukan Tersasar<\/strong><br \/>\nSalah satu masalah besar AI seperti ChatGPT atau Gemini adalah kecenderungan untuk berhalusinasi iaitu mereka cipta fakta atau petikan (citation) palsu. Untuk penulisan akademik, ini adalah satu kesalahan besar yang boleh memusnahkan integriti kajian kita.<br \/>\nNotebookLM adalah alat yang wajib digunakan oleh semua orang yang sedang membuat Sorotan Literatur. Rajah 2 Pemusatan Artikel Jurnal melalui Pangkalan Data Tunggal NotebookLM yang membenarkan kita memuat naik sumber rujukan kita sendiri (seperti fail PDF jurnal, nota kuliah, atau transkrip temu bual) dan ia hanya akan menjawab soalan berdasarkan dokumen tersebut [4].<\/p>\n<p>Cara Pintar Menggunakan NotebookLM: Sintesis Maklumat Pantas, muat naik 10 jurnal berkaitan tajuk kajian kita. Kemudian, tanya NotebookLM: &#8220;Bandingkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji dalam dokumen ini.&#8221; Ia akan merumuskan jawapan beserta rujukan spesifik kepada muka surat dokumen asal. Mencipta Soalan Panduan: Minta ia menjana soalan-soalan kritikal berdasarkan jurnal yang dimuat naik untuk membantu kita mencari lompang kajian (research gap).\n<\/li>\n<p><center><br \/>\n<a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_48-1.png\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_48-1-300x122.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"122\" class=\"alignnone size-medium wp-image-3394\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_48-1-300x122.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_48-1.png 610w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><br \/>\n<strong>Rajah 2: <\/strong>Pemusatan Artikel Jurnal melalui Pangkalan Data Tunggal NotebookLM<br \/>\n<\/center><\/p>\n<li>\n<strong>Scholar Labs: Pengoptimuman Carian dan Pemetaan Literatur Berstruktur<\/strong><br \/>\nGoogle Scholar memang sudah lama menjadi rakan karib kita. Namun, dengan pengenalan Scholar Labs (integrasi fungsi AI generatif di dalam Google Scholar), proses mencari jurnal kini berada pada tahap yang jauh berbeza. Sebelum ini, kita perlu mencari menggunakan kata kunci (keyword), memuat turun puluhan PDF, dan membacanya satu peratus abstrak untuk melihat sama ada ia relevan atau tidak.<\/p>\n<p>Cara Pintar Menggunakan Scholar Labs seperti Carian Konseptual: Kita tidak lagi terikat pada carian kata kunci. Kita boleh menaip soalan penyelidikan kita secara penuh dan AI akan menganalisis pangkalan data jurnal untuk memberikan jawapan beserta cadangan kertas kajian yang paling tepat. Rajah 3 menunjukkan pelaksanaan carian literatur berasaskan persoalan kajian menerusi Google Scholar Labs. Memahami Hubungan Rujukan: Scholar Labs membantu kita melihat bagaimana sebuah teori berkembang. Ia merumuskan kaitan antara satu kertas dengan kertas yang lain, menjimatkan masa berminggu-minggu dalam membina landasan literatur yang kukuh.\n<\/li>\n<p><center><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_49-1.png\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_49-1-300x171.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"171\" class=\"alignnone size-medium wp-image-3395\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_49-1-300x171.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_49-1-768x438.png 768w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_49-1.png 863w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><br \/>\n<strong>Rajah 3:<\/strong> Pelaksanaan Carian Literatur Berasaskan Persoalan Kajian Menerusi Google Scholar Labs<br \/>\n<\/center><\/p>\n<li><strong>Napkin AI: Pengoptimuman Komunikasi Akademik Melalui Visualisasi Data<\/strong>\n<p>Kertas akademik yang cemerlang bukan sahaja diukur pada kekuatan teksnya. Pemeriksa, pensyarah, atau penyelia (SV) juga menghargai kejelasan pembentangan data dan konsep melalui visualisasi. Di sinilah Napkin AI memainkan peranannya seperti di Rajah 4.<br \/>\nBiasanya, melukis kerangka konseptual, carta alir metodologi, atau rajah pemboleh ubah di Power Point atau perisian rekaan memakan masa yang sangat lama. Napkin AI menyelesaikan masalah ini dengan mengubah teks kita kepada visual yang profesional dalam beberapa saat [5].<\/p>\n<p>Cara Pintar Menggunakan Napkin AI: Teks ke Visual Serta-Merta: Salin penerangan teks tentang proses atau teori dari kertas kerja kita, tampal (paste) ke dalam Napkin AI, dan ia akan menjana pelbagai pilihan visual secara automatik. Rajah Profesional: Sama ada kita memerlukan peta minda, carta alir atau gambar rajah, Napkin AI menghasilkannya dalam bentuk yang menarik, estetik, dan sedia untuk dimuatkan terus ke dalam kertas kerja atau slaid pembentangan.\n<\/li>\n<p><center><br \/>\n<a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_50-1.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_50-1-300x260.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"260\" class=\"alignnone size-medium wp-image-3393\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_50-1-300x260.png 300w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Vol4_50-1.png 589w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><br \/>\n<strong>Rajah 4:<\/strong> Adaptasi Visual Konseptual AI sebagai Asas Pembinaan Rajah Kajian<br \/>\n<\/center><\/p>\n<p><strong>Penutup<\/strong><br \/>\nAnjakan paradigma dari hustle kepada hack ini memberikan kuasa yang besar kepada pelajar dan ahli akademik. Gabungan Gemini untuk menjana idea, NotebookLM untuk mensintesis sumber, Scholar Labs untuk mencari literatur, dan Napkin AI untuk memvisualisasikan konsep, mampu memendekkan tempoh penulisan daripada berbulan-bulan kepada beberapa minggu atau hari sahaja. Namun, satu perkara yang mesti diingat: AI ialah pembantu, bukan pengganti. Garis panduan penggunaan AI di peringkat institusi dan kementerian jelas menekankan soal integriti dan kebertanggungjawaban dalam penyelidikan [3]. Manfaatkanlah teknologi ini dengan penuh tanggungjawab dan integriti akademik. Tiba masanya untuk pelajar dan ahli akademik memimpin evolusi penulisan ini, bekerja dengan lebih pintar, memelihara kesejahteraan mental dan dalam masa yang sama, menghasilkan kualiti penyelidikan yang bertaraf dunia.<\/p>\n<p><strong>Rujukan <\/strong><\/p>\n<p>[1] Bozkurt, A., et al. (2023). Generative artificial intelligence (AI) in education and research: A paradigm shift. Asian Journal of Distance Education, 18(1), 1-17.<br \/>\n[2] Dwivedi, Y. K., et al. (2023). Opinion Paper: \u201cSo what if ChatGPT wrote it?\u201d Multidisciplinary perspectives on opportunities, challenges and implications of generative conversational AI for research, practice and policy. International Journal of Information Management, 71, 102642.<br \/>\n[3] Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). (2024). Garis Panduan Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Generatif di Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Tinggi.<br \/>\n[4] Lim, C. H., &#038; Ahmad, S. (2025). Hacking the Academic Workflow: The Role of Grounded AI (NotebookLM) in Literature Synthesis. Journal of Southeast Asian Higher Education, 21(2), 45-60.<br \/>\n[5] Rahman, M. A., &#038; Ismail, Z. (2026). Visualizing Ideas in the AI Era: Efficacy of Generative Tools in Malaysian Universities. Malaysian Journal of Educational Technology, 12(1), 112-128.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhamad Razuhanafi Mat Yazid\u00b9*, Nur Izzi Md Yusoff\u00b9 Jabatan Kejuruteraan Awam1, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia * Penulis Koresponden : razuhanafi@ukm.edu.my Kata<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/aplikasi-ai-dalam-penulisan-kertas-akademik-transformasi-penyelidikan-ai-generatif\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3392,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[59,53],"tags":[],"wd_jilid":[119],"class_list":["post-3391","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-vol-4-julogos-2026","category-pendidikan-digital","wd_jilid-jilid-5"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3391","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3391"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3391\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3400,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3391\/revisions\/3400"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3392"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3391"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3391"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3391"},{"taxonomy":"wd_jilid","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/wd_jilid?post=3391"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}