{"id":3697,"date":"2026-10-29T17:25:10","date_gmt":"2026-10-29T09:25:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/?p=3697"},"modified":"2026-10-30T08:27:10","modified_gmt":"2026-10-30T00:27:10","slug":"robotaxi-dan-mobiliti-bandar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/robotaxi-dan-mobiliti-bandar\/","title":{"rendered":"Robotaxi dan Mobiliti Bandar"},"content":{"rendered":"<p><Center><br \/>\n<strong>Nur Izzi Md Yusoff 1*, Muhamad Razuhanafi Mat Yazid 2<\/strong><br \/>\nJabatan Kejuruteraan Awam1,2<br \/>\n<\/center><\/p>\n<p><strong>Kata kunci:<\/strong> Kenderaan Autonomi; Robotaxi; Mobiliti Bandar<\/p>\n<p><center><br \/>\n<a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/v5_14.jpg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/v5_14-300x200.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" class=\"alignnone size-medium wp-image-3698\" srcset=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/v5_14-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/v5_14-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/v5_14-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/v5_14-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/v5_14.jpg 1379w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><br \/>\n<\/center><\/p>\n<p>Kemunculan kenderaan autonomi atau autonomous vehicles (AV) sedang mengubah landskap pengangkutan di seluruh dunia. Antara inovasi yang paling mendapat perhatian ialah robotaxi, iaitu perkhidmatan teksi tanpa pemandu. Apabila syarikat Waymo mengumumkan hasrat untuk memperluaskan operasi <em>robotaxi <\/em>di London, pelbagai reaksi telah timbul. Ada yang melihatnya sebagai langkah besar ke arah mobiliti pintar, namun tidak kurang juga yang merasa gusar terhadap aspek keselamatan, kesesakan serta kesannya terhadap industri teksi konvensional.<\/p>\n<p>Hakikatnya, robotaxi bukan lagi sekadar imaginasi masa hadapan. Perkhidmatan ini telah pun beroperasi di beberapa bandar seperti Phoenix, San Francisco dan Los Angeles, di Amerika Syarikat. Kenderaan ini menggunakan gabungan sensor, radar, kamera, Sistem Penentududukan Global (GPS) dan kecerdasan buatan (AI) untuk pemanduan tanpa manusia. Namun, cabaran sebenar bukanlah sekadar memastikan kenderaan mampu bergerak sendiri, sebaliknya bagaimana robotaxi dalam jumlah yang banyak dapat beroperasi secara tersusun dalam ruang bandar yang terhad.<\/p>\n<p>Salah satu isu utama ialah pengurusan kawasan pengambilan dan penurunan penumpang atau Pick-Up and Drop-Off (PUDO). Berbeza dengan pemanduan manusia yang boleh memilih lokasi berhenti secara spontan, robotaxi memerlukan lokasi yang telah dikenal pasti sebagai selamat dan sesuai. Tanpa penyelarasan yang baik, pertambahan robotaxi boleh menyebabkan kesesakan baharu di tepi jalan serta mengganggu kelancaran trafik.<\/p>\n<p>Operasi robotaxi yang tidak diselaraskan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Di beberapa bandar, terdapat kes robotaxi menghalang laluan trafik, berhenti di kawasan larangan parkir, mengganggu kerja penyelenggaraan jalan dan menghalang laluan ambulans serta jentera bomba. Malah, terdapat situasi di mana kenderaan autonomi gagal mentafsir arahan anggota keselamatan ketika berlaku kecemasan.<\/p>\n<p>Keadaan ini menunjukkan bahawa kejayaan robotaxi bukan hanya bergantung kepada teknologi pemanduan autonomi, tetapi juga kepada sistem yang mampu menyelaras pergerakan semua kenderaan secara menyeluruh. Oleh itu, Pudocity telah membangunkan platform penyelarasan berasaskan piawaian antarabangsa ISO 25614 bagi mengurus penggunaan ruang tepi jalan dengan lebih sistematik.<\/p>\n<p>Platform ini menggabungkan pelbagai sumber data seperti lokasi parkir, keadaan trafik, aktiviti pembinaan, acara khas dan sekatan jalan secara masa nyata. Semua maklumat tersebut dianalisis menggunakan AI bagi menentukan lokasi PUDO yang paling sesuai. Melalui pembelajaran mesin, sistem juga mampu mengenal pasti corak permintaan mengikut waktu, musim, cuaca dan aktiviti bandar, sekali gus membolehkan pengagihan lokasi dibuat dengan lebih cekap.<\/p>\n<p>Pendekatan ini jauh lebih baik berbanding kaedah tradisional yang hanya memilih lokasi paling hampir. Jika semua robotaxi berhenti di tempat yang sama kerana dianggap paling dekat dengan destinasi penumpang, kesesakan akan berlaku dengan cepat. Sebaliknya, sistem AI akan mempertimbangkan kepadatan trafik, penggunaan ruang, konflik masa dan kesan terhadap keseluruhan rangkaian jalan raya sebelum membuat keputusan. Dalam sesetengah keadaan, lokasi yang sedikit lebih jauh mungkin lebih sesuai jika dapat mengurangkan kesesakan.<\/p>\n<p>Selain itu, sistem ini turut mengurus konflik masa dengan memastikan robotaxi tidak tiba serentak di lokasi yang sama. Faktor seperti saiz kenderaan, jumlah penumpang, keadaan cuaca dan jenis perjalanan turut diambil kira. Dalam situasi kecemasan pula, sistem akan memberi keutamaan kepada ambulans, bomba dan polis dengan mengalihkan robotaxi ke lokasi lain. Zon penampan di sekitar hentian bas juga diwujudkan supaya operasi pengangkutan awam tidak terganggu.<\/p>\n<p>Penyelarasan yang cekap turut memberikan manfaat ekonomi dan alam sekitar. Robotaxi tidak lagi perlu berlegar-legar mencari tempat berhenti, sekali gus menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan penggunaan tenaga. Pada masa yang sama, pengurangan masa mencari parkir atau lokasi berhenti membantu mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kualiti udara bandar, terutamanya apabila lebih banyak robotaxi elektrik digunakan.<\/p>\n<p>Secara keseluruhannya, masa depan robotaxi bukan lagi bergantung kepada sama ada teknologi ini akan diterima, tetapi bagaimana ia diuruskan. Tanpa sistem penyelarasan yang berkesan, pertambahan kenderaan autonomi mungkin menimbulkan kesesakan dan risiko keselamatan baharu. Sebaliknya, dengan sokongan AI, analitik data dan pengurusan yang sistematik, robotaxi berpotensi menjadi penyelesaian kepada masalah mobiliti bandar serta menyokong pembangunan bandar pintar yang lebih selamat, cekap dan juga mampan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nur Izzi Md Yusoff 1*, Muhamad Razuhanafi Mat Yazid 2 Jabatan Kejuruteraan Awam1,2 Kata kunci: Kenderaan Autonomi; Robotaxi; Mobiliti Bandar Kemunculan kenderaan autonomi atau autonomous<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/robotaxi-dan-mobiliti-bandar\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3698,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"sky_video_link_meta":"","footnotes":""},"categories":[60,5],"tags":[],"wd_jilid":[119],"class_list":["post-3697","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-vol-5-septokt-2026","category-teknologi","wd_jilid-jilid-5"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3697","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3697"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3697\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3699,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3697\/revisions\/3699"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3698"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3697"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3697"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3697"},{"taxonomy":"wd_jilid","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/wadahdigital\/wp-json\/wp\/v2\/wd_jilid?post=3697"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}