OKU & ICT

Perbualan saya dengan Amir Mustaqim maula Arifin merupakan satu pengalaman yang unik. Kami tidak berbual secara lisan tetapi temuramah ini dilakukan menerusi lampiran dokumen word dan aplikasi whatsapp. Amir merupakan remaja yang sangat istimewa kerana sangat berbakat dalam bidang rekabentuk grafik.

 

Amir berumur 21 tahun mengalami kekurangan upaya ‘Cerebral Palsy’. ‘Cerebral Palsy’ yang juga dirujuk sebagai ‘CP’ merupakan kehilangan atau kegagalan fungsi motor di otak disebabkan oleh kerosakan otak. Kerosakan otak ini mungkin disebabkan perkembangan pertumbuhan otak yang abnormal ketika didalam kandungan atau ketika proses kelahiran.

 

Amir merupakan seorang pelajar di Mines e-Able dalam jurusan Rekabentuk Grafik. Realitinya  tidak mudah bagi Amir untuk berkomunikasi dengan individu lain. Pendedahan Amir dalam bidang ICT sedikit sebanyak membantu Amir dalam kehidupan harian. Melalui kemudahan ICT, Amir dapat berkomunikasi secara normal seperti individu yang lain dengan telefon pintar, komputer riba dan tablet serta dengan bantuan aplikasi dan perisian yang ada. Antara aplikasi yang banyak membantu Amir dalam komunikasi ialah aplikasi whatsapp manakala perisian pula ialah MS Word dan notepad.

 

amir_okuict2

Hasil rekabentuk grafik yang dihasilkan oleh Amir

 

Selain Aplikasi, perisian dan gadjet sedia ada sekarang, apa lagi yang Amir rasa penambahbaikan yang perlu untuk membantu Amir dan rakan-rakan?

Saya berharap agar kerajaan memperuntukan sedikit bajet untuk membangunkan satu perisian yang boleh membantu lagi golongan KU yang sukar bertutur seperti Amir ini. Antara contoh seperti perisian dan gadjet yang digunakan oleh Stephen Hawking iaitu bertutur dengan menggunakan jari sahaja.

 

Apa harapan Amir?

Saya berharap setelah saya tamat pengajian ada badan kerajaan atau syarikat swasta yang sudi mengambil Amir sebagai pekerja mereka kerana kami juga berbakat dan mahir seperti individu yang lain. Buat masa sekarang di Malaysia, kekosongan jawatan bagi golongan KU ini amat terhad.

(Visited 1,755 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *