Delegasi WEZAS, UPSI ke Yayasan Canselor UKM

Yayasan Canselor telah menerima lawatan kerja daripada Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir bin Abd Latif, Pengarah Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2 Mac 2021. Pertemuan yang berlangsung selama dua (2) jam tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Md Salleh, Pengarah Yayasan Canselor.

Tujuan kunjungan pihak WEZAS, UPSI adalah untuk memahami struktur pengurusan dan penjanaan yang diamalkan di Yayasan Canselor. Hasil lawatan tersebut telah memberi ruang perkongsian bagi memperkukuhkan kelestarian kewangan universiti melalui pembangunan dan tadbir urus Kursi, Endowmen, Wakaf dan Sumbangan secara cekap dan mantap.