Skim Potongan Gaji Untuk Wakaf/Sumbangan DWIUKM

Skim wakaf tunai melalui potongan gaji dalam kalangan warga UKM telah dimulakan sejak tahun 2011 lagi. Skim ini diwujudkan bagi memudahkan warga UKM berwakaf melalui potongan gaji secara bulanan dengan kadar minimum sebanyak RM5.00 dan tiada kadar maksimum ditetapkan. Sehingga kini, kaedah pengumpulan dana wakaf tunai melalui skim potongan gaji adalah antara kaedah yang berkesan untuk meningkatkan dana wakaf tunai DWIUKM.

Sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan penglibatan warga UKM untuk berwakaf/menyumbang dan seterusnya terlibat secara langsung dalam pembiayaan dan pembangunan wakaf/endowmen di UKM. Pengurusan tertinggi UKM telah bersetuju untuk melaksanaan skim potongan gaji yang bertemakan WARGA UKM, WARGA BERWAKAF/MENYUMBANG melibatkan semua staf UKM tanpa mengira agama bagi menjana manfaat kepada penyumbang. Melalui skim ini, secara automatik, semua warga yang berkhidmat dengan UKM akan membuat potongan gaji secara tetap setiap bulan berdasarkan kepada kadar minimum yang ditentukan berdasarkan gred gaji/perkhidmatan.  Fasa pertama pelaksanaan potongan gaji melibatkan staf berjawatan gred 41 dan ke atas akan bermula pada Mac 2021 manakala fasa kedua bagi staf berjawatan gred 38 dan ke bawah bermula pada Jun 2021.

Skim ini adalah elemen sukarela dan tiada paksaan.

Bagi warga UKM yang TIDAK BERHASRAT (opt-out) untuk berwakaf/menyumbang melalui skim potongan gaji DWIUKM/endowmen boleh memaklumkan hasrat tersebut kepada Yayasan Canselor melalui pelbagai saluran yang disediakan.  Begitu juga kepada warga yang telah berwakaf/menyumbang boleh menghentikan sumbangan wakaf/endowmen pada bila-bila masa dengan hanya memaklumkan kepada pihak Yayasan Canselor atau pihak yang berkaitan mengenai hasrat tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari give2ukm.ukm.my