Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Info Yayasan Canselor

Latarbelakang

Sedia berkhidmat untuk UKM

Yayasan Canselor diwujudkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada alumni, rakan-rakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), syarikat-syarikat swasta, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien. Yayasan ini adalah dibawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat).
VISI
Menjadi penyumbang utama yang lestari kepada Universiti bagi mendokong pelbagai inisiatif pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan.
MISI
Yayasan Canselor beriltizam menjana dana melalui jaringan dengan penyumbang, penaja dan penderma berasaskan mekansime dan instrumen yang dinamik.
MATLAMAT
  • Menyediakan infrastruktur yang cekap bagi penjanaan dana yang lestari
  • Mencetus dan melancarkan mekanisme dan instrumen yang inovatif bagi penjanaan
    dana yang berkesan
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dengan rakan sedia ada dan pihak yang berpotensi bagi memupuk hubungan yang berkekalan dengan Universiti

Kepakaran Kami

Pembangunan Dana Kewangan Lestari

OBJEKTIF

Yayasan Canselor diwujudkan bagi menjana dan mengurus tabung kewangan daripada alumni, rakan-rakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pihak industri, yayasan-yayasan lain dan pihak awam secara efisien.

BIDANG OPERASI DAN TANGGUNGJAWAB

Yayasan Canselor dipertanggungjawabkan untuk:

  • Menerima sumbangan dan menjana kewangan Universiti
  • Bekerjasama dengan Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM untuk menguruskan dana sumbangan serta menjana dana mengikut keperluan