Yayasan Canselor

 The Chancellor's Foundation of UKM

Projek Khas Yayasan Canselor

LATAR BELAKANG

Projek-projek khas dibawah Yayasan Canselor merupakan usaha tambahan bagi peningkatan pendanaan melalui model/cara kutipan alternatif. Projek khas juga merupakan sumber dalaman Yayasan Canselor bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada Universiti melalui penyumberan luar aktiviti kutipan, peningkatan kualiti staf melalui latihan serta sebagai dana awal aktiviti lain.

Projek khas juga merangkumi aktiviti sokongan Yayasan Canselor iaitu aktiviti promosi dan pemasaran untuk dana, aktiviti dan produk kutipan lain Universiti. Aktiviti pemasaran yang dilakukan termasuk hebahan televisyen dan radio, hubungan terus melalui sistem emel, media sosial dan lain-lain media komunikasi.

Sebagai sebuah PTj perkhidmatan, Yayasan Canselor melalui projek khas juga memberikan khidmat bantuan kepada PTj lain dari segi mencari pendana berpotensi, menambah saluran kutipan melalui sistem Give2UKM, membangunkan kolateral sokongan serta khidmat nasihat polisi kerja.

Antara projek khas yang telah berjaya digerakkan oleh Yayasan Canselor termasuk Pelancaran Plat Kenderaan Edisi Khas UKM sempena Sambutan Jubli Emas UKM 2020 dan Penjualan Sistem Bidaan kepada Universiti Awam Malaysia. Yayasan Canselor akan terus membangun melalui pelaksanaan projek-projek khas yang bakal meningkatkan nilai hasil dana Universiti.