SKIM FELO PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH, KURSI YTI-UKM
Kursi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD.) yang berminat untuk menjadi felo penyelidikan di Kursi YTI-UKM.
Siapa yang layak memohon?
Felo penyelidik ini terbuka kepada Ijazah Doktor Falsafah (warganegara Malaysia) yang berminat untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang Kewangan dan Pelaburan. Walaubagaimanapun, penyelidikan merentasi bidang amat digalakkan.
Keutamaan diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah (PhD.) yang telah selesai menduduki peperiksaan lisan (viva), yang berminat untuk bekerjasama dengan Kursi YTI-UKM dalam bidang penyelidikan ‘Kewangan dan Pelaburan’ atau bidang lain yang bersesuaian
Terma dan Syarat
i. Pemohon telah tamat Ijazah pertama dalam bidang berkaitan;
ii. Pemohon telah mempunyai Ijazah Sarjana atau dalam fasa terakhir pengajian peringkat Sarjana; atau
iii. Pemohon telah mempunyai Ijazah Sarjana atau dalam fasa terakhir pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD.)
iv. Pemohon pernah dilantik sebagai penyelidik bersama dalam mana-mana geran penyelidikan.
v. Pemohon mestilah mempunyai rekod penyelidikan yang baik.
iii. Pemohon perlu turut serta dalam semua aktiviti anjuran Kursi YTI-UKM seperti seminar, syarahan dan yang berkaitan.
Tarikh Permohonan
30 November 2025
Borang Permohonan
Permohonan yang dihantar perlulah mengandungi
i. Borang permohonan felo penyelidik Kursi YTI-UKM Klik di sini
ii. Curriculum Vitae lengkap / maklumat dan latar belakang diri (mengandungi maklumat untuk dihubungi dan juga senarai penerbitan)
iii. Sijil-sijil akademik
iv. surat sokongan/ rujukan daripada jabatan / institusi sedang berkhidmat (jika ada)
Mohon gunakan zipping file bagi dokumen yang bersaiz besar .
Sebarang pertanyan boleh hubungi Sekretariat Kursi YTI-UKM
No. Telefon : 03-8921 3697 atau kursiytiukm@ukm.edu.my;
Alamat Pejabat : Sekretariat Kursi YTI-UKM, Aras 3, Sanggar Penyelidikan Kursi YTI-UKM, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.
Kursi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI-UKM)