KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (MAC – 23 APRIL 2021)

 
27 April 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) yang bersidang pada 23 April 2021 telah meluluskan agihan zakat kepada asnaf Warga Universiti bagi tempoh 2 bulan iaitu bermula Mac sehingga April 2021 berjumlah RM494,112.54.
 
Agihan kali ini lebih tertumpu kepada bantuan keperluan asas serta lain-lain bantuan telah diberikan kepada pelajar dan kakitangan yang terjejas dan terkesan akibat covid-19. Selain itu, bantuan peranti kepada pelajar turut menjadi keutamaan dalam agihan setelah melihat kepada keperluan pengajian atas talian pada ketika ini.
 
Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 7 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:
 
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Bantuan Sokongan Pengajian (Alatan/ Keperluan Khas Pengajian)
3. Bantuan Persekolahan Anak Kakitangan (Yuran Kelas Tambahan)
4. Bantuan Pendidikan (Laptop)
5. Bantuan Kes Khas
6. Bantuan Program (Program Kerjasama)
7. Bantuan Musibah (Banjir, kebakaran dan sebagainya)
 
Walaubagaimanapun, terdapat lebih 32 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.