Proses Gempa
PENGENALAN


PROSES GEMPA
Sesar dan pergerakan
Gelombang seismos dan gerakan bawah tanah
 

PERBANDINGAN GEMPA BUMI
Skala Magnitud Richter
Skala Intensiti Mercalli

KESAN GEMPA
gegaran, rekahan dan anjakan tanah
pencairan tanah

tanah runtuh
kebakaran

tsunami
perubahan rupa bentuk rantau

RISIKO GEMPA
jangka panjang
jangka pendek

KAJIAN KES

RUMUSAN

RUJUKAN

BIOGRAFI


 

 

Gempa bumi adalah akibat daripada proses semulajadi yang membentuk basin lautan, benua dan bentuk gunung di dunia dan amat berpengaruh di sepanjang sempadan kepingan litosfera. Gegaran bumi adalah berpunca daripada pergerakan kerak bumi akibat daripada daya tektonik. Ini menjadi bukti kedinamikan bumi.

Proses perekahan oleh sesar atau penyesaran boleh dibandingkan dengan pergeseran dua bahan yang tegar di antara satu sama lain. Penyesaran di sepanjang sempadan di antara bahan atau blok boleh melambatkan atau memperlahankan blok tersebut. Tetapi bila berlaku perekahan maka pergerakan tersebut boleh mempengaruhi kawasan di sepanjang sempadan. Ia adalah sama seperti keping-keping litosfera yang bergerak dan berselisih antara satu sama lain secara perlahan melalui pergeseran sepanjang sempadannya. Kesimpulannya, batu di sepanjang sempadan mengalami peregangan (perubahan akibat daripada regangan). Apabila regangan pada batu melampaui daya batu tersebut, maka berlaku perekahan yang membentuk sesar. Sesar adalah rekahan yang panjang pada batuan di mana ia telah teranjak atau berpindah tempat di mana satu bahagian pada rekahan itu telah teralih daripada satu bahagian lagi. Patahan pada batu secara tiba-tiba membentuk gelombang gempa bumi atau gelombang seismik dan dikenali sebagai tahap pertama dalam manilai risiko gempa bumi (seismik) dalam sesuatu kawasan.

Jenis-jenis sesar adalah berdasarkan kepada arah pergerakan kepingan. Sesar strike-lip adalah sesar yang teralih secara mendatar, dikenali juga sesar lateral-kanan di mana kepingan bahagian kanan bergerak sepanjang jalur sesar. Jika lateral-kiri, ia bergerak pada bahagian kiri. Sesar yang bergerak secara menegak boleh jadi sesar songsang atau sesar normal bergantung kepada peralihan secara geometri. Pergerakan sesar boleh berasosiasi dengan 'crustal shortening', begitu juga dengan pergerakan sar normal yang berasosiasi dengan 'crustal extension'. Terdapat juga sesar tenggelam (buried faults) di mana ia biasanya berasosiasi dengan batuan terlipat. Peralihan dan perekahan oleh sesar tenggelam tidak tersebar di permukaan walaupun dengan gempa bumi besar.

Kebanyakan sesar jarang berlaku hanya pada 1 rekahan sahaja. Dirasainya, terbentuk di zon sesar di mana ia adalah 1 kumpulan sesar yang berhubung kait secara sejajar di antara satu sama lain dalam peta. Biasanya bertindak pada zon sesar berbeza dari segi kelebaran boleh jadi dalam beberapa meter hingga beberapa km.

Kebanyakan sesar yang panjang atau zon sesar seperti zon sesar san andreas adalah bersegi, setiap segmen ada sejarah dan gaya pergerakan yang tersendiri. Segmen gempa bumi di definasikan sebagai satu bahagian daripada zon sesar yang mempunyai rkahan dalam satu unit semasa sejarah dan pra-sejarah bagi gempa bumi. Rekahan semasa gempa bumi umumnya biasanya berhenti di sempadan 2 segmen. Walaubagaimapun, gempa bumi yang besar melibatkan beberapa segmen daripada sesar. Panjang rekahan daripada gempa bumi besar boleh di ukur dalam 10km. Segmen gempa bumi adalah lebih penting untuk penilaian bahaya gelombang seismik.

Gelombang seismos dan gegaran pada permukaan tanah terjadi apabila adanya pemecahan oleh sesar, batu patah secara tiba-tiba dengan melepaskan tenaga dalam bentuk gelombang seismos. Ini adalah disebabkan oleh penyebaran gelombang melalui tanah dan biasanya kita melihat ia sebagai gempa bumi walaupun dalam gempa sesuatu jangka masa tertentu boleh juga berdasarkan kepada pemecahan akibat sesar yang mewujudkan gelombang seismos.