Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Pejabat Naib Canselor

Direktori > Naib Canselor

Profesor Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor

B.Eng(Hons) (Imperial,UK), M.Sc (UMIST), Dr.Eng (Kyoto)

IKHI1225-900

Profesor Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor berasal dari Muar, Johor Darul Takzim. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan (Mekanikal) dari Imperial College, London, England; Ijazah Sarjana Teknologi Pembuatan dan Pengurusan Sistem Termaju dari Universiti of Manchester Institute Science and Technology, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Kyoto University, Jepun. Beliau juga adalah Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, UM.

Profesor Hamdi memulakan kerjaya akademik beliau di Universiti Malaya pada tahun 1995 sebagai tutor. Pada 1997, beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Rekabentuk Kejuruteraan dan Pembuatan. Pada tahun 2006, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya. Pada tahun 2010 ketika berusia 39 tahun, beliau telah dilantik sebagai Profesor (Gred C) dan seterusnya dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai Profesor (Gred B) pada tahun 2014.

Sepanjang kerjaya Profesor Hamdi di Universiti Malaya, pelbagai jawatan akademik telah disandangnya. Beliau ialah mantan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya dari tahun 2011 – 2014, mantan Dekan Fakulti Kejuruteraan (2009 – 2011) dan mantan Ketua Jabatan (2003-2006). Profesor Hamdi berperanan sebagai Ketua dan Pengasas Pusat Pembuatan Termaju dan Pemprosesan Bahan (Centre of Advanced Manufacturing and Material Processing, AMMP Centre) serta Pusat Penyelidikan Industri 4.0 (Centre for Research in Industry 4.0, CRI4.0).

Profesor Hamdi mempunyai kecenderungan yang mendalam terhadap bidang penyelidikan dan inovasi. Beliau telah menjadi mentor kepada lebih daripada 150 orang pelajar Pasca Siswazah yang menjurus kepada penyelidikan pembuatan termaju dan pemprosesan bahan. Sehingga kini, beliau telah meyelia seramai 66 orang pelajar PhD. Selain daripada menyelia pelajar, Profesor Hamdi juga telah mengarang lebih daripoada 160 jurnal ISI dan mempunyai h-indek sebanyak 26. 

AMMP Centre yang telah ditubuhkan pada tahun 2003, sebagai sebuah hub penyelidikan berskala sederhana untuk para penyelidik dan jurutera, kini telah berkembang pesat sebagai sebuah hub penyelidikan berbilang displin. Melalui kerjasama dengan pakar-pakar di peringkat antarabangsa, AMMP Centre telah menjayakan beberapa penyelidikan di peringkat asas dan komersil yang bernilai lebih daripada RM 15 juta.

Ketika di Universiti Malaya, Profesor Hamdi telah mempamerkan keunggulan kepimpinan berkualiti semasa memegang tampuk pentadbiran sebagai Ketua Jabatan Rekabentuk Kejuruteraan dan Pembuatan (2003 – 2006) dan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan (2009 – 2011) . Beliau bertanggungjawab mengetuai pasukan yang mentransformasi Fakulti Kejuruteraan sebagai salah sebuah fakulti yang memperolehi pencapaian tertinggi di Universiti Malaya. Ketika bertugas sebagai  Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa), beliau telah menetapkan suatu penanda aras perubahan dalam bidang akademik dan seterusnya melonjakkan Universiti Malaya di mata dunia.

Di atas pencapaian yang sangat membanggakan oleh Profesor Hamdi terhadap usaha-usaha pengkomersilan aktiviti penyelidikan, beliau telah menerima  pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaya pada tahun 2012 dan 2013 .