Pusat Pemodelan dan Analisis Data (DELTA)

 Centre for Modelling and Data Analysis, Universiti Kebangsaan Malaysia

Introduction

Latar Belakang

Dalam usaha memartabatkan UKM sebagai universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa, penyelidikan yang merentasi fakulti dan bersifat multidisiplin khususnya dalam bidang sains matematik perlu ditekankan. Pusat Pemodelan dan Analisis Data (DELTA) merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang bertindak sebagai sayap penyelidikan, pengembangan ilmu serta perundingan bukan sahaja dalam bidang pemodelan dan analisis data tetapi juga bagi kepakaran-kepakaran lain yang wujud di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

Ditubuhkan secara rasmi pada Julai 2008, DELTA menjadi tempat yang menyelaras kegiatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam 4 kluster yang telah dikenal pasti iaitu; Kluster Matematik Teori dan Gunaan, Kluster Metodologi Statistik dan Analitik, Kluster Sains Aktuari dan Kewangan serta Kluster Analitik Prestasi dan Inovasi yang berada di bawah payung Kluster Teknologi Digital dan Terkehadapan UKM dalam domain Sains Tulen dan Gunaan.

Objektif

Objektif penubuhan DELTA antara lain adalah:

  • Mengenal pasti teknik terkini serta menyediakan kemudahan penyelidikan dan perundingan dalam analisis data, pengumpulan data, penyajian, reka bentuk penyelidikan dan pelbagai selok-belok pengendalian berkaitan dengan penyelidikan saintifik.
  • Menjadi pusat latihan kepada para penyelidik dalam menggunakan pelbagai model matematik, perisian atau teknik analisis data, kaedah pengendalian penyelidikan saintifik, dan penerapan algoritma sesuai dengan keperluan dan permasalahan terokaan.
  • Menjadikan UKM sebagai pusat rujukan bagi aspek-aspek pembangunan model  dan analisis data.
  • Menjadi pemangkin serta penggerak dalam menarik dana penyelidikan dalam pelbagai bidang Sains Matematik.