Pusat Pemodelan dan Analisis Data (DELTA)

 Centre for Modelling and Data Analysis, Universiti Kebangsaan Malaysia

Unit Rundingan dan Analisis Data

Pemodelan dan analisis data merupakan antara fokus utama dalam aktiviti penyelidikan Sains Matematik yang telah menyaksikan pelbagai projek dan perkhidmatan berkaitan telah dilaksanakan oleh tenaga pakar sains matematik. Hingga kini, pelbagai pihak sama ada daripada kalangan warga UKM mahupun pihak luar telah mendapatkan khidmat perundingan dan kerjasama bagi membantu mereka menyempurnakan kajian mereka secara saintifik.

Perkhidmatan yang terdapat di DELTA merangkumi fasa-fasa dalam kajian/penyelidikan iaitu:

  1. Takrifan Masalah dan Penentuan Objektif Kajian dan Hipotesis Kajian
  2. Penentuan Kaedah Kajian
  3. Pengumpulan Data
  4. Tafsiran Output dan Analisis Data Statistik
  5. Laporan Kajian

CAJ PERKHIDMATAN DAN RUNDINGAN

Tahap perkhidmatan perundingan pertama dalam pernyataan masalah dan keperluan pihak pelanggan dalam tempoh 30 min pertama dikenakan bayaran sebanyak RM50. Bagi tahap-tahap seterusnya, khidmat rundingan dan analisis statistik, caj perkhidmatan adalah seperti berikut:

Pelanggan Luar UKM – RM 400/jam

Pelanggan UKM – RM 250/jam

Pelajar Luar UKM – RM 150/jam

Pelajar UKM – RM 100/jam