Laman Utama
Sub Tema
Tarikh Penting
Pendaftaran
Pembayaran (online)
Kertas Kerja
Hubungi kami
Prosiding PERKEM
Galeri Perkem
Atur cara Perkem-10
Sesi Pembentangan

KERTAS KERJA

Kertas kerja boleh ditulis dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris kecuali abstrak mestilah ditulis dalam dua Bahasa; Bahasa Melayu DAN Bahasa Inggeris. Semua kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam prosiding PERKEM 2014 secara atas talian. Untuk maklumat lanjut mengenai prosiding PERKEM UKM yang lalu, sila layari www.ukm.my/fep/perkem. Segala penghantaran abstrak dan kertas kerja penuh, sila hantar melalui confbay Perkem 2014 di laman sesawang http://submit.confbay.com/conf/perkem2015

Peluang Penerbitan di dalam jurnal terbitan UKM

Kertas kerja boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan di dalam Jurnal Ekonomi Malaysia (JEM),  Jurnal Pengurusan dan Asian Journal of Accounting and Governance (AJAG). JEM dan Jurnal Pengurusan adalah diindekskan oleh Scopus.

PANDUAN KERTAS KERJA

PANDUAN AM
Kertas kerja perlu sekurang-kurangnya mengandungi bahagian dan mengikut turutan di bawah;

  1. Tajuk
  2. Nama pengarang
  3. Abstrak
  4. Pengenalan
  5. Metodologi
  6. Dapatan kajian
  7. Rumusan dan perbincangan/ Penutup
  8. Nota hujung (jika ada)
  9. Rujukan
  10. Rajah (jika ada)
  11. Jadual (jika ada)

PANDUAN SPESIFIK:

Panjang: Kertas kerja tidak boleh melebihi 10 muka surat termasuk rujukan, rajah, jadual dan lampiran. Manakala fon hendaklah bersaiz 10 Times New Roman dengan spacing 1.5.

JIKA manuskrip melebihi daripada 10 muka surat, urusetia PERKEM 2014 akan memulangkan semula manuskrip tersebut kepada pembentang. Atau, pembentang boleh memilih untuk membayar sebanyak RM50 untuk setiap muka surat yang melebihi 10 muka surat. Manuskrip yang sudah memenuhi format di atas akan diterima untuk dihantar kepada penilai.

Margin:
 Manuskrip perlu mengikut margin: 1.5 inci (kiri) and 1 inci (atas, kanan dan bawah).

Tajuk:
 Tajuk tidak melebihi 10 patah perkataan dan dimula dengan huruf besar bagi setiap perkataan, saiz 14, ke kiri dan sekurang-kurangnya margin 1 inci dari atas mukasurat dan langkau satu jika memerlukan lebih dari 1 baris. 

Pengarang
: Biarkan satu langkau selepas tajuk sebelum nama pengarang.

Abstrak:
 Abstrak diletakkan dua langkau selepas nama pengarang. Abstrak perlu mempunyai antara 250-350 patah perkataan ditulis dengan fon tulisan “Times New Roman” bersaiz 10.  Abstrak hendaklah menerangkan objektif kajian, metodologi, keputusan utama kajian dan cadangan dasar. Penulis juga dikehendaki menyediakan abstrak dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Kata kunci
: Biarkan satu langkau selepas abstrak untuk kata kunci yang menerangkan bidang kajian sehingga maksimum lima bidang kajian.

Teks
: Tulisan mesti jelas dan padat.  Jadual, rajah dan rujukan yang dibuat mesti mengikut aturan.  Tulisan bersaiz 10 dengan gaya “Times New Roman” dan  ditulis dengan langkau 1.5.  Teks perlu ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu atau sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Tajuk/ Sub-Tajuk
: Tajuk/ sub-tajuk mesti ditulis dengan huruf besar dan dilaras ke kiri tanpa bernombor.  Biarkan satu langkau sebelum dan selepas tajuk/ sub-tajuk untuk memulakan perenggan.

Rujukan:
 Rujukan yang lengkap disenaraikan selepas penutup dan disusun mengikut turutan huruf nama pengarang. Rujukan adalah mengikut gaya APA. Hanya rujukan yang dirujuk di dalam teks sahaja perlu disenaraikan. Lihat contoh di bawah.
1. Artikel
Arize, A. C. (1994). A re-estimation of the demand for money in small developing economy.Applied Economics, 26, 217-28.
Blyton, P. & Turnbull, P. (1998). The Dynamics of Employee Relations, 2nd ed., London: McMillan Press Ltd.
2. Prosiding persidangan
Wilkinson, R. (1999). Sociology as a marketing feast. In M. Collis, L. Munro, & S. Russell (Eds.), Sociology for the New Millennium. Papers presented at The Australian Sociological Association, held at Monash University, Melbourne, 7-10 December (pp. 281-289). Churchill, Victoria: Celts.
3. Buku
Bank Negara Malaysia. (1999). The Central Bank and the Financial System in
Malaysia: a Decade of Change. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Rajah/ Jadual: Semua rajah diikuti jadual perlu berada selepas rujukan. Tajuk rajah diletak di bawah rajah dan tajuk jadual diletak di atas jadual.  Perkataan rajah atau jadual adalah berhuruf besar dan menggunakan pernomboran Arab (RAJAH 1 ATAU JADUAL 2) diikuti tajuk rajah atau jadual dalam huruf kecil.  Gambarajah dan jadual patut jelas dan nota kaki boleh ditambah menggunakan simbol.

JIKA MANUSKRIP MENYALAHI FORMAT
Jika pembentang menghantar manuskrip penuh yang menyalahi format seperti diterangkan di atas, urusetia PERKEM 2014 akan memulangkan semula manuskrip tersebut kepada pembentang. Manuskrip yang sudah memenuhi format di atas akan diterima untuk dihantar kepada penilai.

PEMBENTANGAN TANPA KERTAS KERJA/PEMBENTANG TIDAK HADIR
Hanya pembentang yang membayar yuran penyertaan dan mempunyai kertas kerja penuh sahaja dibenarkan membentang dalam PERKEM 2014. Manakala, bagi pembentang yang tidak hadir, surat penarikan semula makalah akan dikeluarkan oleh urusetia PERKEM 2014 dan akan disiarkan dalam laman web PERKEM.

SYARAT PENGARANGAN

Urusetia PERKEM menghadkan hanya satu makalah sahaja untuk penulis utama dan dua makalah untuk penulis kedua atau seterusnya.

sila klik sini: CONTOH KERTAS KERJA

 

 

 

Laman Utama| Tarikh Penting | Pendaftaran | Kertas Kerja | Hubungi Kami | Galeri Perkem