www.ukm.my/fpipts

      

  MENU UTAMA


Pengenalan

Objektif

Jawatankuasa

Geran PTS

Prosiding Atas Talian

Penerbitan

Borang

Hubungi Kami

 

 

 

Terkini

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG PROJEK PTS FAKULTI PENGAJIAN ISLAM          DAPATKAN PROSIDING ATAS TALIAN SEKARANG

PENGENALAN
 
 

ANTARA hasil perbincangan di Bengkel Persediaan Pemantauan Projek PTS 2009-2011 yang dianjurkan oleh pihak Pusat Pembangunan Akademik (PPA), UKM pada 6-8 Januari 2012 di The Thistle Resort & Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan ialah: (1) penubuhan satu jawatankuasa pengurusan projek PTS di peringkat Fakulti; dan (2) penganjuran Seminar Pemantauan Projek PTS-FPI 2012.

SATU kertas cadangan telah dirangka dan dibawa ke pengetahuan dan perbincangan Mesyuarat Pengurusan Fakulti (MPF) FPI Bil. 283 pada 2 Mac 2012 (Jumaat) dan selanjutnya pihak MPF amat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa dan penganjuran seminar pemantauan tersebut.

SEMINAR pemantauan ini merupakan susulan kepada satu seminar seumpamanya, iaitu Seminar Pemantauan Penyelidikan & Penerbitan Fakulti Pengajian Islam 2010, yang pernah dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM pada 6 Disember 2010 di Hotel Equatorial, Bangi. Seminar tersebut bermatlamat untuk mendokumentasikan semua data dari tahun 2007 hingga 2010 yang berkaitan dengan projek Geran Universiti Penyelidikan (GUP), Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan juga Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS).

MANAKALA, seminar pemantauan pada kali ini pula bermatlamat untuk mendokumentasikan semua data dan progres penyelidikan ahli-ahli FPI yang menerima geran projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) sahaja dari tahun 2009 hingga yang terkini, 2011. Secara langsung, seminar ini turut menyediakan ruang diskusi buat para penyelidik FPI untuk menzahirkan idea, merangka aktiviti penyelidikan dan menghasilkan beberapa karya penulisan bermutu, menerusi dana PTS. Ia turut menjadi titik tolak kepada para penyelidik FPI untuk menghasilkan penyelidikan berkualiti yang yang bertunjangkan aspek pengajaran dan pembelajaran (P&) terarah dalam korpus Pengajian Islam bagi meneruskan kedudukan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan terulung.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bilangan Pengunjung

Web Site Hit Counter

sejak 20.03.2012

© Hak Cipta Terpelihara 2012
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia