22 Julai 2018: Program Muamalat dan Perundangan bersama Usahawan Hijrah Siri 1 kini sedang berlangsung di Hotel Impian Morib. Program ini menguji modul perundangan dengan kaedah permainan muamalat untuk diperkenalkan sebagai kaedah pengajaran baharu buat para pelajar FUU. Program ini adalah anjuran bersama team FUU, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pusat Bantuan Guaman dan Litigasi (PUBLIG) FUU, UKM dan dengan kerjasama Koperasi Belia Islam (KBI) bagi Latihan Usahawan. Terdapat 5 siri program. Bagi yang berminat beleh mendaftar kepada Dr Asma Hakimah Hj Abdul Halim di talian 03-8921 6388 atau email hakimah@ukm.edu.my.