Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

 

Sejarah Penubuhan

Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1987. Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama telah diadakan pada 21 Februari 1987 di Restoran Fima Rantei, Jalan Damansara, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 21 orang ahli. Nama Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia ini adalah selaras dengan nama pertubuhan yang sama di negara jiran, Indonesia iaitu, Ikatan Ahli Arkeologi Indonesia. Ikatan ini pada awalnya difikirkan penubuhannya oleh YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan beberapa individu lainnya seperti Dato’ Adi Haji Taha, Mohd Kamaruzzaman Abd. Rahman, Prof. Dato’ Dr. Othman Yatim, Abdul Latif Ariffin dan beberapa individu lain. Penang pertama bagi IAAM adalah Tan Sri Mohd. Khir Johari yang merupakan Menteri Pendidikan yang pertama. Kejayaan utama IAAM adalah penerbitan Jurnal Arkeologi Malaysia pada tahun kedua penubuhan IAAM.

 

001 (1)