Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

 

Matlamat

Matlamat dan tujuan penubuhan IAAM adalah untuk:

  1. Menghimpun tenaga ahli arkeologi Malaysia untuk membantu perkembangan ilmu dan pengetahuan arkeologi serta mengabdikan profesion arkeologi bagi kepentingan pembangunan budaya kebangsaan.
  2. Mengerat dan merapatkan hubungan di antara ahli-ahli arkeologi Malaysia.
  3. Mengadakan perjumpaan untuk bertukar dan mengagihkan maklumat mengenai hasil-hasil penyelidikan dan persidangan kepada semua ahli-ahli IAAM.
  4. Memberi kesedaran dan mewujudkan cita rasa kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan arkeologi.
  5. Mengkaji tulisan-tulisan pakar-pakar arkeologi yang lepas dan cuba menyelesaikan masalah yang timbul.
  6. Mengumpul dan menyebar maklumat tentang kegiatan-kegiatan arkeologi di Malaysia.
  7. Menyelaraskan kegiatan-kegiatan untuk menghindarkan campur tangan pengkaji-pengkaji luar.
  8. Bertukar pendapat dan maklumat mengenai arkeologi dengan negara-negara ASEAN dan lain-lain negara di peringkat antarabangsa.