Introduction

Pengenalan Kumpulan

Inovasi Pedagogi dan Pendidikan Nasional atau dikenali Pedagogical Inovation and National Education diringkaskan sebagai (IPPN) adalah satu bidang yang tidak asing dalam penyelidikan pendidikan serta kumpulan pembuat dasar di UKM. Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang penyelidikan iaitu Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin yang juga merupakan ketua kumpulan IPPN, Prof Madya Dr Noriah Mohd Ishak, Prof Madya Ramlee Mustapha, Dr Parilah Ahmad Shah, Dr Saemah Rahman, dan Dr Maimun Aqsha Lubis.

Pencapaian Kumpulan Penyelidikan

Ahli IPPN berpendapat kumpulan adalah suatu kumpulan penyelidik di rantau Asia yang mengemukakan beberapa polisi, produk, dan inovasi pendidikan yang termaju. Ahli kumpulan sangat produktif dalam penerbitan, penyelidikan (LAMPIRAN A), serta jangkauan. IPPN juga aktif dalam penganjuran seminar, bengkel dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (LAMPIRAN B). IPPN juga merupakan kumpulan yang telah menyumbang secara besar kepada latihan tenaga akademik di institut pengajian tinggi serta institut penyelidikan lain. Tenaga pakar di institut pendidikan dalam negara yang terhasil daripada latihan kumpulan IPPN termasuklah dari USM, UTHM, Utem, UMP, UNIMAP, UTM, UNISEL, UPM, USIM, MMU, UMT, dan UNIMAS. Manakala tenaga pakar di institusi pendidikan luar negara yang terhasil daripada hasil latihan kumpulan IPPN termasuklah dari Institut Teknologi Bandung (ITB), UNRI, Univerisiti Gajah Mada (UGM), University of Austria, University Technical of Vienna, National University of Korea, Universiti Bandung, Institut Islam Bandung, dan University of Mahidol, Bangkok, Thailand, UNESCO DAN UNICEF.

 

 

Beberapa tenaga pakar dari IPPN memberi latihan kepada beberapa institusi tempatan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Wanita, Keluarga dan Komuniti, SIRIM, Nuklear Malaysia, STRIDE, MIMOS, MDeC, Goverment Link Company (GLC), PETRONAS, FELDA, dan PLUS. Ahli kumpulan IPPN juga pernah menerima pelawat pakar dari luar negara seperti Profesor Pelawat iaitu Profesor Francoys Gagne, Jabatan Psikologi, Universiti Quebec Canada pada 21 dan 22 Julai 2008. Beliau telah mengadakan sesi Seminar Pendidikan Pintar Cerdas Berbakat di Dewan Persidangan Pusat Pengurusan dan Penyelidikan Inovasi (PPI) UKM Bangi. Beliau telah mengemukakan Differentiated Model of Giftedness and Talented (DMGT). Beliau juga telah mengemukakan beberapa penulisan beliau dalam bidang pintar cerdas yang terkenal seperti buku beliau berjudul Handbook of Gifted Education dan beberapa artikel jurnal seperti Gifted Child Quarterly, Roeper Review.

Pelawat pakar dari negara Amerika Syarikat iaitu Profesor Carolyn Koffmayer pakar dalam gitted and telented children. Beliau telah mengadakan National Conference on Child Development yang bertemakan Understanding Gifted Children: Facts and Myths pada 15 hingga 16 November 2008 di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh UKM, Bangi. National Conference ini dianjur bersama dengan National Association for Gifted Children Malaysia (NAGCM) dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Seorang lagi pelawat pakar yang berkongsi kepakaran ialah Professor Dr Inderbir Kaur Sandhu dari National University of Singapore yang membincangkan tentang Meeting the Needs of Gifted Children.

Bukan itu sahaja, ahli IPPN sendiri pernah menjadi pensyarah pelawat di luar negara seperti Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin ke Seoul National University (SNU). Prof Madya Dr Noriah Mohd Ishak juga pernah mejadi pelawat di University John Hopkins New York. IPPN turut bertanggungjawab mengemudikan haluan:

  1. Pendidikan pengukuran dan penilaian
  2. Hala tuju modul inovasi pedagogi
  3. Penubuhan Pusat Permata Pintar UKM
  4. Penubuhan Pusat Kanak-kanak Tunas Permata UKM
  5. Kepakaran-kepakaran tenaga pengajar Fakulti Pendidikan seperti di LAMPIRAN C

 

Bidang Penelitian

Konsep dan model penyelidikan Universiti Penyelidikan UKM ialah memperkasa kumpulan silang disiplin merentas fakulti melalui jangkauan dalam dan luar negara. Matlamat akhir kumpulan ini ialah menjadi penyelidik diperingkata global dalam bidang inovasi pengajaran dan pengajaran. Ciri bidang inovasi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat merentas disiplin, justeru itu memerlukan imput dari pelbagai bidang. Secara am, ada lima fokus inovasi pengajaran dan pembelajaran termasju di UKM iaitu:

  1. Pembangunan program Permata Pintar UKM
  2. Pembangunan kurikulum latihan guru Permata Pintar.
  3. Pembangunan modul sosio-emosi ibu bapa kanak-kanak pintar cerdas.
  4. Pendidikan pengukuran dan penilaian
  5. Pembangunan Modul METAKU melalui hyperteks.
  6. Pembangunan Sistem Elektronik Multiple Intellegences dan Learning Style (e-MILES)
  7. Hala tuju modul inovasi pedagogi
  8. Penubuhan Pusat Permata Pintar UKM
  9. Penubuhan Pusat Kanak-kanak Tunas Permata UKM
  10. Kepakaran-kepakaran tenaga pengajar Fakulti Pendidikan seperti di LAMPIRAN D

Urutan fokus ini adalah dari satu kitaran dari pembinaan konsep kepada proses penghasilan produk. Secara tradisinya kumpulan ini bertapak di Fakulti Pendidikan melalui kumpulan IPPN yang menjurus kepada aspek inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti penyelidikan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan kepada tiga kelas bidang:

  1. Kumpulan kecil pembangunan Program Permata Pintar UKM
  2. Kumpulan kecil pembangunan Program Latihan Guru Permata Pintar UKM
  3. Kumpulan kecil pembangunan Kompleks dan Prasarana Bangunan Permata Pintar UKM.
  4. Kumpulan kecil kurikulum Child Development Tunas Permata UKM
  5. Kumpulan kecil pembangunan inovasi e-MILES
  6. Kumpulan kecil pembangunan METAKU.

 

Penyelidikan silang disiplin dan merentas fakulti setakat ini telah dijalin dengan rakan kumpulan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Perubatan, Fakulti Teknologi, Sains dan Maklumat (FTSM), Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK), dan Fakulti Islam (FI). Gabungan dengan ahli lain daripada Fakulti Pendidikan membabitkan penyelidikan tentang kurikulum sains dan matematik yang terkini bagi pelajar pintar cerdas (FST). Gabungan dengan FSSK tentang penyelidikan mengubal kurikulum creative writing dan foreign language. Sementara gabungan dengan FTSM melibatkan kurikulum ICT dan teknologi maklumat dan Fperubatan melibatkan psychiatrist untuk membantu kanak-kanak dan ibubapa pintar cerdas. FIslam memberi kepakaran dalam bidang kerohanian dan keagamaan.

Jangkauan penyelidikan luar fakulti melibatkan tiga universiti secara aktif iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti of John Hopkins USA, University of Long Islands, University of Columbia, dan Seoul National University, Mahidol University of Thailand dan National University of Singapore. Tajuk penyelidikan di UPM adalah ”Membangunkan Kurikulum Post Graduate dalam Pintar Cerdas Berbakat”. Di UPSI tajuk penyelidikan melibatkan ”Ciri-Ciri dan Attribute Pelajar Pintar Cerdas Berbakat”. Selain itu gabungan penyelidikan dengan University of John Hopkins ialah membabitkan ”Pembangunan Kurikulum Sains dan Matematik untuk Pelajar Pintar Cerdas Berbakat”, ”Pembangunan Kurikulum Creative Writing untuk Pelajar Pintar Cerdas Berbakat” dan ”Pembangunan Modul Latihan Pintar Cerdas Berbakat”. Dua institusi lain yang menjalin hubungan lain penyelidikan ialah Kumpulan Penyelidikan di Mahidol University of Thailand dan National University of Singapore.

Sifat Strategik Kumpulan Penyelidikan

Kumpulan IPPN merupakan satu daripada lima bidang tujuhan semasa program penyelidikan di bawah dana IRPA. IRPA diperkenalkan oleh MOSTI pada tahun lewat 80-an. Senario dunia pendidikan dalam bidang penyelidikan adalah merupakan perkembangan daripada tahun 80-an, 90-an dan abad ke 20. Perkembangan dunia penyelidikan pendidikan menyaksikan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembangunan kurikulum baru, inovasi dalam kaedah pengajaran, inovasi dalam latihan guru dan inovasi dalam modul pengajaran. Trend penyelidikan memberi tumpuan kepada inovasi kaedah baru dalam mengujudkan modul dan kurikulum mengikut keperluan masyarakat. Keperihatinan kepada persekitaran dan budaya tempatan pula menumpu fokus kepada kitaran semula bahan pengajaran, kurikulum personalized dan individulized mengikut keupayaan individu serta rekabentuk kurikulum yang lebih humanized. Selagi kesemua isu yang tersebut di atas relevan maka penyelidikan inovasi pedagogi dan pembentukan nasional juga relevan.

Impak Kumpulan Penyelidikan Kepada Pengguna/Masyarakat di Luar Lingkungan Akademia.

Kumpulan penyelidikan mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat di luar lingkungan akademia khususnya dengan industri dan badan profesional. Ahli-ahli IPPN adalah penasihat dalam badan-badan profesional yang berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Jabatan Pendidikan Khas KPM, Pusat Perkembangan KPM, Lembaga Peperiksaan KPM, Educational Planning, Research and Development (EPRD), Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Sekolah (BS) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Hubungan rapat dengan industri seperti MIMOS, MDEC dalam pembangunan sistem inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hubungan dengan FRIM dan Pusat Sains Negara dalam jaringan mengembangkan kurikulum inovasi bagi pelajar untuk membangunakan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Ahli IPPN juga merupakan penasihat dalam persatuan penyelidikan pendidikan seperti yang di senaraikan dalam LAMPIRAN E. Ahli IPPN juga menjadi ahli dalam jawatankuasa-jawatankuasa teknikal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti yang di butirkan dalam LAMPIRAN F. Hubungan ahli IPPN dan ahli industri juga dijalin seperti dengan SIRIM, PETRONAS, FELDA, Malaysian France Institute (MFI), British Malaysia Institute (BMI) dan German Malaysia Institute (GMI). Kumpulan IPPN sedang berusaha untuk mempromosi produk inovasi pengajaran dan pembelajaran kepada masyarakat sebagai sumbangan kami kepada komuniti di Malaysia dan serantau. Antara isu yang menjadi sasaran adalah menangani kurikulum tradisional tanpa mengira keperluan individu, pengukuran dan penilaian, kesaksamaan pendidikan.

 

© Copyright IPPN, 2009