JURNAL ANTARABANGSA ALAM DAN TAMADUN MELAYU

 

Pengenalan

Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu yang sebelum ini dikenali sebagai SARI diterbitkan tiga kali setiap tahun (Januari, Mei, September) merupakan jurnal berwasit dan berindeks yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Antara tahun 2010-2018, jurnal ini menggunakan akronim IMAN, kini disebut sebagai ATMA sahaja.

Tujuan utama jurnal ini adalah untuk menerbitkan hasil penyelidikan oleh para penyelidik dalam dan luar negara. Makalah terpilih dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris mencakupi bidang pengajian bahasa dan linguistik, sastera tradisional dan moden, sejarah, habitat manusia dan alam sekitar, budaya dan falsafah, etno-sains dan teknologi, kepimpinan, dan pembangunan ekonomi. Pandangan yang dinyatakan dalam artikel terbitan jurnal ini tidak mewakili pandangan dan pendirian sidang editor jurnal.

 

No Terbitan:
ISSN 2289-1706 (Cetakan)
ISSN 2289-4268 (Elektronik)

Translate »