www.ukm.my/jpaticonf/apmmc |  apmmc12@gmail.com | +603-8921 5550

    

Laman Utama

Objektif

Penganjur

Tarikh dan Tempat

Penyertaan

Kertas Kerja

Senarai Pembentang

Atur Cara

Jawatankuasa

Prosiding Atas Talian

Hubungi Kami

   
   
   

Laman Utama > Pengenalan

 
  Pengenalan
     
   

Definisi ‘kelas menengah’ memang terlalu luas dan kontroversi! Menurut Richard Robinson, dalam struktur ekonomi politik orde baru, mereka terdiri daripada kalangan intelektual, teknokrat, para pengurus, aktivis parti politik, aktivis mahasiswa dan para usahawan sederhana. Mereka adalah lapisan masyarakat yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan roda perekonomian serta membawa perubahan sosial dan politik. Malah mereka juga berupaya membangunkan Negara dan mencorakkan hala tujunya lantaran ‘suara’ dan ‘kekuatan’ yang ada pada mereka.

     
   

Sebenarnya, kelompok masyarakat menengah Muslim adalah sebuah harapan bagi memperbaiki kondisi masyarakat dari pelbagai aspek dan merupakan senjata ampuh untuk mengikis ekstremisme. Oleh itu, kumpulan ini harus dikembangkan dan dimantapkan. Menurut Vali Nasr, majoriti kelompok kelas menengah adalah dalam kalangan birokrasi yang bergantung kehidupan mereka daripada gaji yang diberikan oleh kerajaan. Keadaan ini tampaknya masih membuka peluang kepada wujudnya ekstremisme dalam kalangan masyarakat kelas menengah.

     
   

Sehubungan dengan itu, seminar ini diadakan bagi membuka ruang kepada semua ahli akademik untuk membicarakan secara ilmiah persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kelas menengah Muslim di Malaysia merangkumi pengembangan dan peranan mereka dalam bidang ekonomi, politik dan sosial, transformasi ekonomi kelas menengah Muslim serta peminggiran ekstremisme di Malaysia. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada semua peserta untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam setiap persoalan yang dikemukakan.

     

 

 
 

Bilangan Pelawat

HTML Hit Counter

Sejak 14 Mac 2012

© Hak Cipta Terpelihara 2012 
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia