headerphoto

Kata-kata aluan pengetua

Bismillahirrahmanirrahim 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
firefox
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, laman web KTDI telah berjaya disiapkan dan  dirasmikan pada 2 Ogos 2009. Ucapan terima kasih kepada Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, selaku perasmi laman web kolej dan Makan Malam Kolej, ‘A Decade of Glory’.  Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan web ini.

Sesungguhnya objektif utama terhasilnya laman web ini adalah sebagai satu kemudahan untuk berinteraksi dan berkomunikasi pada zaman ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat membangun. Semoga dengan kemudahan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga Kolej Perdana.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar yang baru mendaftar di kolej KTDI ini.  Kami dengan lapang dada dan berbesar hati menerima kedatangan para pelajar sekalian.
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mungucapkan “Selamat Menjalani Kehidupan Mahasiswa” kepada para pelajar sekalian. Pelajar sekalian merupakan bakal graduan berasaskan ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh negara. Saya  mendoakan agar para pelajar sekalian mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sekian.

Senarai Pengetua

- Dr. Ridzuan Bin Hashim (1977-1979)
- Dr. Mohd Nasir Bin Hashim (1979-1981)
- Dr. Md Tahir Bin Azhar (1981-1982)
- Dr. Khalid Bin Abd Kadir (1982-1986)
- Dr. Mohd Bin Abd Razak (1987-1991)
- Dr. Mohd Shahdar Bin Shahid
(1992-1993)
- Prof. Dato Dr. Harun Bin Ahmad
(1993-1999)
- Dr. Aminiddin Saim
(1999-2000)
- Dr. Shahril Yusof
(2000-2004)
- Dr. Razman Jarmin
(2004-2005)
- Dr. Mohd Shahrir Mohamed Said
(2005-2007)
- Prof Madya Dr. Zulkifli Bin Md Zainuddin
(2008-now)