2012/19/06 – Pembantu Penyelidik (Pelbagai)

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

  1. Pembantu Penyelidik (Kelayakan Ijazah) – Diet
  2. Pembantu Penyelidik (Kelayakan Ijazah) – Teknologi Maklumat
  3. Pembantu Penyelidik (Kelayakan SPM) Taraf Jawatan : SEMENTARA [enam (6) bulan] (boleh dilanjutkan mengikut keperluan kerja semasa)

Tarikh Iklan : 19 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012

Pembantu Penyelidik (Kelayakan Ijazah) – Diet [Gaji bulanan : RM1,600.00]
Syarat-syarat :

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains pemakanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Syarat Tambahan: Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemakanan & Kesihatan Komuniti atau Dietetik akan diberi keutamaan.
  4. Berpengalaman dalam menganalisis sampel makanan di makmal.
  5. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta mampu menjalankan lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa
  6. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  7. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  8. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar

Pembantu Penyelidik (Kelayakan Ijazah) – Teknologi Maklumat [Gaji bulanan : RM1,600.00]
Syarat-syarat:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains komputer/ teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Syarat Tambahan: Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains komputer/ teknologi maklumat akan diberi keutamaan.
  4. Berpengalaman dalam rekabentuk sistem maklumat (information system design) dan sistem pangkalan data (database system).
  5. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa.
  6. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  7. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  8. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar.

Pembantu Penyelidik (Kelayakan SPM) [Gaji bulanan : RM800.00]
Syarat-syarat:

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  2. Lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Syarat Tambahan: Boleh menggunakan komputer dan berpengalaman dalam kerja-kerja kemasukan data (data entry).
  4. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa.
  5. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  6. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan dikehendaki menghantar resume lengkap dan surat penyata hasrat/ surat permohonan bagi jawatan yang dipohon (nyatakan juga 2 orang referee) ke alamat emel berikut:- the_malaysian_cohort@yahoo.com.my ATAU secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut :-

Sekretariat Projek The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) Tingkat 7
Blok Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-91710415/ Faks : 03-91710397 ** Hanya calon yang layak selepas saringan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga dan kemasukan adalah SEGERA **