2013/03/19 – Pegawai Teknologi Maklumat (F41)

Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan:    Pegawai Teknologi Maklumat F41
Tarikh Iklan:   19 Mac 2013 hingga 2 April 2013
Taraf jawatan:    Kontrak
Kekosongan:    satu (1)

PEGAWAI PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 (Kontrak)

  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,145.88); ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan RM2,353.44)

Deskripsi tugas:

  1. Memantau, mengurus, menyelesaikan masalah pengguna untuk semua unit (IT Support) bagi desktop, laptop, printer dan struktur  rangkaian.
  2. Menguruskan keperluan teknikal dan rangkaian di dalam projek/ organisasi berjalan dengan baik dan lancar [seperti web server, penyokong Local Area Network (LAN) dan penyokong Wide Area Network (WAN), sambungan internet dan intranet]
  3. Berpengetahuan dalam TCP/ IP, OS, Wireless Communication, DNS, DHCP protocol. Pengalaman di dalam database/server kluster amat digalakkan.
  4. Bertanggungjawab dalam sistem pengoperasian dan penyelenggaraan serta konfigurasi server, switch dan router.
  5. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna serta melapor masalah sistem/ program untuk pembaikan serta mendokumentasi Standard Operating Procedure (SOP).
  6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa

Lain-lain :

  1. Boleh bekerja lebih masa dan dalam tekanan.
  2. Berpengalaman berurusan dengan vendor atau pembekal
  3. Calon lelaki akan diberi keutamaan.

Sila layar www.mycohort.gov.my ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut.

Permohonan dianggap LENGKAP apabila borang lengkap diisi dan dihantar bersama 1 keping gambar berukuran passport , 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan.

Hantarkan permohonan lengkap anda ke alamat berikut

Sekretariat The Malaysian Cohort

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

ATAU

Emel kepada :      afifah_aa@yahoo.com

Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan. Calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-91710415 atau faks 03-91710397